*The Moon by Rudiey Sepet*
Material : Black A4 paper, Oil Pastels Buncho
Ya, saya suke tengok Bulan. Lagi-lagi on full-moon. Ngeri dan menakutkan. Tapi cantik dan indah. Nampak terang nun di atas sana. Sesetengah orang, bile hati berbunga-bungi kononnya dapat connecting dengan si pencuri hati bila sama-sama melihat bulan. HAHA. *terasa*
Al-kisahnya, dulu time aku skolah rendah. Ya, kawan-kawanku majoriti Cina dan kawan Melayu aku tak sampai 10 orang pun. Heh ! So, sedikit sebanyak pangai dorang, idea dorang, kepercayaan karut dorang aku tahu. Aku masih ingat kawan aku Mei Ling bagitaw, nenek die cakap, kita tak boleh merenung bulan lama-lama, nanti telinga akan terbelah. HAH?? Kawan-kawan sekelas aku yang lain juga cakap camtu. Tu la kepercayaan dorang. Dulu, punya la takot, aku nak sangat-sangat tengok bulan. Aku tutup muka aku then intai bulan kat celah-celah jari pendek ni. hehe. And, time korang kecik-kecik bulat-bulat montok-montok gitu, korang pernah tak habaq gini "Oloh, kenapa bulan ni asyik ikut kita mama??" HAHA. :)
Entry kali ni, Rudy nak kongsi pasal kepercayaan orang Cina.
Kononya, Chang-Er seorang wanta yang sangat-sangat cantik berada di Bulan dan masih berkabung untuk suaminya yang tercinta.
Al-kisahnya, Di Jun, the God of the Eastern Sea and Xi He, the Sun Mother had ten sons, each of them glowed as radiant suns. Everyday, si Ibu Matahari ni akan bawak anak-anak dia ke tasik dan mandikan anak-anak matahari ni then keringkan dorang kat sejenis pohon "mulberry" yang bernama Fu Sang. Then si Ibu ni biarkan anak-anaknya bermain di langit dengan menaiki sebuah kereta yang ditarik oleh 6 ekor naga.
Anak-anak matahari ni bermain di kawasan Barat langit, antara gunung Yen Tzu. Oleh sebab ada sepuluh bijik matahari kat atas langit nu. Maka bumi menjadi sangat-sangat panas. Ye la, anak-anak matahari ni bermain tiap-tiap hari atas langit nu. Efeknya, air di bumi mulai kering, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia mulai mati sebab terima terlampau banyak cahaya dari matahari.
Kejadian ni berlaku semasa China ditakluki oleh Maharaja Yao. So, Maharaja Yao memohon pada Ayah dan Ibu Matahri dari syurga ni tolong setel kan masalah ni.
Lalu, si Ayoh ni menasihati anak-anaknya,
"Anak-anak, doh la tu. Jangan main kat langit lagi. Cian bumi, sebab korang dorang jadi gini. Dah,dah meh balik meh"
then si anak matahari yang sulung jawab
"alaa, ayah ni tak sporting la. Syok la maen-maen kat langit. Kan adik-adik kembarku?"
pendekkan cite, dorang tak dengar la nasihat ayoh tu. Dorang still maen "berambak" (kejar-mengejar) kat langit. Then, si ayah panggil la cikgu disiplin. eh ! Panggil seorang pemanah terhebat kat syurga dorang yang bernama Hou Yi untuk menggertak anaknya dengan panah supaya tidak bermain-main di langit lagi. Tapi si Hou Yi ni ganas la pulok. Si Ayoh mintak die gertak je tapi die panah anak matahari tu betol-betol. Haiyak ! Jadi kes BUNUH plop. Tapi Hou Yi juz bunuh 9 anak matahari. Sebabnya, Maharaja cakap, bio la tinggal satu kat langit tu. Cahaya yang diterima dari satu anak matahari ni hangat dan sesuai dengan keperluan anak-anak bumi. Then bila si ayoh tahu anak-anaknya di bunuh. Dio maroh la wei. Maka Hou Yi didakwa dan dibicarakan di mahkamah syurga dorang pasai ni. Si ayoh maroh gilababeng then mengusir si pembunuh ni ke bumi. Die dijadikan manusie biase dan dapat hidup selamanya di bumi. Dan tidak dibenarkan sama sekali kembali ke syurga.
Then masa kat bumi, die terjatuh hati pada seorang wanita yang bernama Chang-Er. Lalu mereka berkahwin.
Hou Yi sangat2 mencintai bini die yang comei lotei nih. Die pergi bertapa di sebuah gunung untuk menambah ilmu. Kung kang kung kang kumat-kumit, nenek kebayan versi Cina ni suke dengan keperibadian yang ada pada Hou Yi, lalu doe hadiahkan sejenis ubat yang dibuat dari akar kayu mende ntah. Hou Yi nak bagi ubat tu tuk bini die. Ye la nak hidup bersame selamanya bersama bini die. Tapi dengan syarat ubat tu diminum time bulan mengambang.
Hou Yi pulang dengan gembira n tak sabo giler nak bagitahu bini dia sal ni. Sampai je rumah, perkara ni di bagitaw kat bini die. Unfortunately, servant-man diorang dengar pasai ni. And plan nak rampas ubat tu nanti.
Satu malam, servant-man masuk ke bilik Hou Yi nak curi ubat tu. Die bunuh Hou Yi ketika die tidor. Terkejut giler-babeng Chang-Er. "Abang! Abang !! Jangan tinggalkan saya !! "
Servant-man tu berjaya amek ubat tu. Tapi tak minum trus. Chang-Er bergelut dengan servant-man yang jahat tu. Dush sana dush sini, ubat tu berjaya dirampas balik. Lalu Chang-Er tros minum ubat tu sampai lupe ubat tu kena minum time bulan mengambang.
Tiba-tiba, servant-man tu tengok badan Chang-Er mula terapung. Semakin lama semakin tinggi. Sehingga terapung di atas bulan. Tapi Chang-Er bersyukur, Kerana di bulan dia masih dekat bersama suaminya yang tercinta. And di sana dia boleh melihat suaminya. Kepercayaan orang Cina, mereka cakap Chang-Er masih berkabung di bulan di atas kematian suaminya. That's why diorang selalu nyalakan lanterns / tanglung sebagai memperingati cinta Chang-Er. Begitulah al-kisahnya.
:)
*illustration from Google Images*
p/s : Dialog aku reka je. Bukan dari kisah sebenar :P
:)