Assalamualaikum....
Setiap malam, aku dapat tengok customer yang pelbagai ragam. Ada yang datang berdua, ada yang datang sorang. Ada yang datang bersama family members. Semua kelam kabut pilih tudung yang sedondong dengan kaler baju raya. :) Eppy jugak rasa biler tengok customer kite dapat apa yang dorang cari. :D
Ada insiden yang paling menyehtuh hati. Sepasang kapel ni, si lelaki fuyoooo ensem banget....perempuan tu boleh tahan la. Ok, sal rupe aku tak kisah sangat. Tengah syok pilih tudung kat kedai aku ni, aku perhatikan merpati sejoli ni. Memang lama gile la dorang discuss. Tengah syok discuss tu, si lelaki tu usap lembut dagu si perempuan. Mak aih...Prihatinnya lelaki tu. Dalam situasi camtu dia perasan ade something cam habuk melekat kat dagu perempuan tu. Lagi menyentuh hati, dorang tu dah 2 tahun kahwin and si perempuan tu tengah mengandung 4 bulan. Romantiknyaaaa !!!! Kyaa !!!
**
I AM SINGLE
Apa yang best bile korang ni single ?
1 - Aku bebas je nak kawan ngan sape2. Takde sape2 nak kongkong. Saya boleh je berkawan dengan lelaki. Tanpa perlu saya pikir untuk jaga hati si dia.
2 - Nak keluar jumpa kawan-kawan pun ok je. Saya tak perlu jelaskan dengan siapa saya akan keluar and dengan siapa saya keluar tadi.
3 - Tak susah-susah pikir nak pakai baju kaler ape untuk raya tahun ni, biar nampak matching la konon.
4 - Duit saya cukup banyak untuk diri sendiri. Becoz saya tak perlu habiskan duit tuk topap.
5 - Saya tak perlu spend duit saya tuk belanja si dia bila kitorang keluar date.
6 - Saya akan sentiasa sehat kerana kurang debaran jiwa. Kiranya, blood pressure saya ok la.
7 - Dosa juga KURANG !
8 - Tak perlu nak kontrol2 ayu/macho. Anda boleh jadi diri sendiri sepenuh masa.
9 - Korang boleh menikmati kehidupan korang sepenuhnya because korang tak perlu bahagikan masa tuk si dia and for yourself.
10 - Korang nak on/off tepom sesuka hati juga boleh. Tak perlu pikir....."erm, kang die cari aku pulak nanti. cian die."
**
I AM NOT SINGLE
Ape yang conok cangat bile ade orang sayang kita ?
1 - Bangun pagi2 dah tersenyum, because semalam dapat jumpe si dia dalam mimpi. Bukak je mate dah ade mesej dari si dia "Morning sayang"
2 - Setiap malam sebelum tidur, si dia akan wish "Nite sayang, sleep tight. Mimpi kan saya taw ?" Hati berbunga bungi tersengih sampai ke pagi. Efeknya, korang semua ada rahsia awet muda :)
3 - Bila anda susah hati, at least ade seseorang yang sudi mendengar. Ade tempat tuk korang mengadu.
4 - Setiap hari anda akan cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk si dia. Otomatiknya, korang akan ubah perangai buruk korang dan akan berusaha jadi orang yang baik.
5 - Korang akan sentiasa tersenyum bile teringat kan kata-kata manis yang menggetarkan jiwa anda. So, secara otomatiknya, muka korang lambat berkedut.
6 - Bile hati dah di curi, korang akan belajar bagaiman untuk berkongsi dalam segala hal.
7 - Setiap hari korang bersemangat tuk mengejar cita-cita. YA ! Kerana korang dah nampak hala tuju hidup korang atas muka bumi ni untuk apa.
8 - Korang belajar macam mana tuk protect someone. Korang tak kan kisah tentang diri korang sendiri. Korang jugak belajar tuk membahagiakan orang lain.
9 - "Give and take" method mula digunakan.
10 - Ntah. Saya sendiri pun tidak mengerti apa itu CINTA. Apa yang korang rasa ? Ada apa dengan dia sampai korang bisa jatuh cinta sama dia ??
:) :) :)