Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

28 February 2012

I Will Always Love YOU


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum WBT….

Tick tock tick tock. Masa berlalu pergi dengan pantas. Bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang, bulan Mac bakal tiba beberapa hari lagi. Apa yang korang dah plan tuk bulan depan ? Bercuti ? Mencari kerja baru ? Beli kereta baru ? Berpindah ke tempat baru ?

Bila masuk je tahun baru, semua orang berazam baru. Semuanya ingin melangkah maju ke depan. Tapi bagi aku, setiap hari, setiap pagi adalah permulaan yang baru. Selagi jasadku masih boleh bergerak, setiap hari adalah hari tuk aku perbetulkan kesilapan yang lepas dan hari yang baru tuk aku mula sesuatu yang baru.
Sebagai manusia biasa, sebagai hamba-NYA yang hina, kita akan terjatuh, jatuh tersungkur, jatuh bergolek berguling-guling atau mungkin juga jatuh dan terus tenggelam. Semuanya adalah ujian dari-NYA. Bila berlaku macam ni , kita mula mengingati DIA. Merindui DIA. Mula ingin mendekati DIA.

“Ya ALLAH, Ya Rabbi, Ya Kariim…”

Sabar. Sabar adalah satu perkataan yang indah lagi lembut tapi sukar untuk kita lakukan. Aku sendiri pun selalu bersikap kurang sabar. Yang ruginya tetap aku. Bila difikir balik, “Hurm, kenapa aku tak bersabar dan tunggu dulu?”

“Sabar itu indah.”

Manusia juga adalah makhluk yang penuh dengan perasaan dengki sesama sendiri. Apabila perasaan itu menguasai minda dan hati, hati yang bersih juga bisa bertukar menjadi gelap dan busuk. Bukan itu saja, syaitan dan iblis laknatullah mula bertindak lebih kejam tuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam.
Perkara yang haram dan syirik tidak dihiraukan lagi.

“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Puan. Saya harap Puan bersabar. Sama-samalah kita mencari jalan keluar. InsyaALLAH, Allah akan membantu kita.”

Sihir suami isteri, Santau, Bomoh, Abu mayat, Bunga taik ayam, Serpihan tulang, Paku berkarat, Duit Syiling 20sen…
Merosakkan masjid orang lain, menjatuhkan perniagaan orang lain hingga muflis. Kejadian macam ni dah jadi satu lumrah kehidupan manusia.

“Biarlah, saya berserah pada ALLAH Taala. Biar Allah saja yang menghukumnya. Itu dosa dia dengan Allah.”

“Mama, sabar.”

Alhamdulillah, kerana semuanya kami dah lalui dengan bantuan ALLAH.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kerdilnya aku, hinanya aku. Allah sentiasa bersama aku. Allah sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk aku. Allah sentiasa ada untuk aku. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Penyayang.

“I love YOU, ALLAH”

Aku tak pernah ucap “I love YOU” kepada Maha Pencipta.



“I love YOU, ALLAH.”
“I love YOU for always being there for me when I needed someone to talk to.”
“I love YOU for giving me strength to going through my days.”
“I love YOU for answering my prayers.”
“I love YOU when my tears are pouring on my face and when I asking for your guidance.”
“I love YOU for giving me a lot of unforgettable moments in my life.”
“I love YOU when YOU show me the way out when I am in the dark.”
“I love YOU for understands how I really feel.”
“I love YOU when YOU make me feel I am not alone.”
“I love YOU for giving me strength when I’m about to fall.”
“I love YOU for always saving my life.”
“I love YOU when there is a beautiful moment happened to me.”
“I truly love YOU.”
“There is nothing greatest than YOUR love.”
“I will always love YOU, ALLAH.”




** Teringat pesanan bonda. Jangan ucap "Lailah..." sebab "Lailah" bermaksud "TIADA TUHAN". Kesimpulannya, haruslah disebut dengan lengkap "LAILAHAILALLAH".

:)

03 October 2011

Kegagalan

Assalamualaikum wbt....

"Hidup perlu diteruskan"

Setiap manusia pernah lalui kegagalan dalam hidup ni kan ? Kegagalan yang kecil, kegagalan yang amat besar. Semua kegagalan tu menyakitkan. Sedih dan kecewa. 

Gagal dalam karier. Gagal dalam pelajaran. Gagal dalam hubungan. Gagal menguruskan diri dengan baik. Gagal mencapai cita-cita. Gagal dalam cubaan memasak untuk kali pertama. Gagal dalam pertandingan. Gagal ! Gagal ! Gagal !

Selepas satu kegagalan kita mungkin akan gagal lagi. Pedih !  Patah hati ! Kita menangis untuk kegagalan tu.

Tapi pernah tak kita mencari KENAPA kita GAGAL ?
Punca sebuah kegagalan tu ?

Menangis sedih saja tidak cukup. 

"Menangislah apabila perlu, TAPI jangan lupa untuk BANGUN ! "

Kita mungkin gagal untuk percubaan pertama, atau mungkin untuk percubaan kedua. Namun, tak mustahil ada di antara kita yang perlu menghadapi kegagalan berulang-ulang kali sebelum mereka berjaya. 

"Kita hanya merancang, tapi DIA yang menentukan segala-galanya."

"Gagal itu tak semestinya pahit."

"Setiap kepahitan yang berlaku, pasti ada kemanisan hikmah yang tersembunyi."

"Jangan menyerah. "

04 September 2011

Don't Need to Pretend

Don't Need to Pretend You Love Me

material used
Dah lame plan tuk lukis situasi macam ni. Akhhirnya, hari ini aku ada masa tuk diri sendiri. Dulu, xbf aku pernah tipu aku, curang dan tikam aku dari belakang. Kalau ikutkan hati, aku rasa cam nak LEMPANG je. Aku mungkin rasa puas hati kot kalo buat camtu. Tapi aku cepat2 mengucap tarik nafas panjang2. Kita kena terima sesuatu perkara tu dengan hati yang terbuka. Pasrah dan terima Qada' dan Qadar. Tak boleh ikut perasaan. Kena bertindak bijak kalau tak kamu akan menyesal. Jangan biarkan perasaan marah kawal corak pemikiran kita. Kerana perasaan marah mungkin juga akan mengundang bahaya tuk diri kita sendiri.

SABAR.

Percaya pada TUHAN.

ALLAH Maha Adil. 

(sila klik link di atas)


30 July 2011

Ramadhan Datang Lagi !

Assalamualaikum wbt......

Yeehaa puasa datang  lagi ! Nak tanya nak tanya, hutang puasa korang amacam ? Dah ganti ke belum ?? Ahaha, kitak sendili pon ganti lewa hutang puasa kitak. Ngee~~

Ermm.. korang ingat tak bile korang memula belajar berpuasa ?? Ingat tak pengalaman memula puasa cam ne ??

Honestly, aku sendiri pon lupe bile aku mula berpuasa. Tapi aku ingat lah betapa susahnya aku nak belajar berpuasa. 1st day aku belajar berpuasa tak sampai separuh hari pon. Pukul 10 pagi aku dah merungut kat mama, "Mama, mama, lapar lah, dahago lah.."

Tapi bile time berbukak, aku lah yang paling gelojoh. Oleh kerana itu jugalah badan aku comei-comei kiut kiut kiut gitu. Dulu aku belajar di sekolah rendah cina- SRJKC PEIR CHIH. Budaya, suasana memang tak sama lah dengan cara orang Melayu. Bulan puasa dorang semua makan macam biasa. Dengan suasana yang macam tu aku terbiasa tak berpuasa di bulan puasa. (Ini semua berlaku time aku sekolah rendah, darjah 3).

Time tengah syok makan mihun sup kat kantin, tetibe kawan aku (melayu) sergah aku dari belakang. "Oi, Rudy awak tak puasa ea. Tak baik taw, kite orang Islam kan. Mesti berpuasa di bulan puasa"
Haha malu muka aku taw. Balik umah aku bagitaw mama "Esok along nak puasa."

Maka dengan penuh azam di dada aku berpuasa hari tu. Mak aih, siksanye jiwa dan raga aku. Member sebelah aku, Mei Ling (bukan nama sebenar) bawak bekal dari umah hari ini. Nasi Ayam + Sunquick. Meleleh aku tengok die makan. Mata aku yang sepet ni bertambah sepet sebab tak tahan tengok dorang makan. Menguji keimanan sungguh ! DUGAAN, CUBAAN !!

KRIIIIINGGG!! Yea ! Dah boleh balik, kena tunggu bas kuning plok. Time tunggu pak cik bas skolah aku datang, dugaan menerjah sekali lagi. Budak-budak cina ni semua mai makan depan aku. Mak aih TENSION sungguh !!!! Sabar sabar sabar. (sebenarnya, mama tak bagi duit poket tuk aku hari tu dats y aku bole bertahan lagi puasa aku tuh)
Dan akhirnya, aku berjaya tahan makan untuk hari itu sampai pukul 2 petang.

Sampai je umah, aku mandi then trus layan cite Sailormoon. Tengah syok layan Sailormoon tu, aku nampak mama masuk toilet. Yea !! Mama mandi lah. Maka dengan peluang yang ada ni aku gunakan, aku tak dapat tahan doh, HAUS YANG AMAT. Dengan berhati-hati aku buka fridge. Ahhh lega. Aku dah berbukak puasa dah pada waktu Asar. Bile aku pusing belakang, GULP ! Mama dah ada kat belakang larrr !!!!! So, korang boleh jangkakan what happen next, rite ?? Ape lagi, kena pot pet pot pet plus cubit-cubitan. Ngeh ngeh ngeh. Padan muka aku. Dan untuk hari itu, aku didenda tak dapat makan bersama-sama time berbukak.

Selepas itu, aku dah belajar berpuasa dengan bersungguh-sungguh.  :) :) :)

Tapi bersebab taw ? Sebab mama aku janji akan tambah duit raya kalu aku berpuasa :P

Itu cite lama. Ramadhan adalah bulan paling mulia. Ramadhan lah peluang untuk kita perbaikikan diri dan dekatkan diri kepada Pencipta yang SATU. Dugaan setakat tahan diri dari makan apalah sangat jika dibandingkan dengan kisah para nabi kita kan ? Bagaimana Nabi Muhammad dan para pejuang Islam dapat kekuatan dalam peperangan Badar, sedangkan mereka semua berpuasa ketika itu ?

Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah   Bulan puasa bukan bulan untuk kita bermalas-malasan. Ada hikmah dan nikmat di sebalik puasa taw ?

So, bagi kawan-kawan yang baru nak mula berpuasa, yang selalu ponteng puasa....berazam lah, semoga tahun ni korang dah tak ponteng puasa lagi :) ingat, kiamat sudah dekat :) :) :)

26 July 2011

Jangan Menyerah

Assalamualikum wbt.....

Aku yakin semua pernah rasa kehilangan. Kita semua pernah kehilangan orang yang kita sayang amat, barang yang kita paling hargai, kehilangan kucing comel, hamster bla bla bla bla.....

Semua yang pergi, tetap akan pergi kan ? Kita takde kuasa nak lawan takdir. Kita semua bukan SUPERHUMAN nak putar masa tuk kembali seperti yang kita inginkan.

Kita sendiri, kadang-kadang baru terasa apa itu kehilangan setelah dia pergi. Kan ? Aku juga pernah rasa macam tu. Bagi aku sendiri, "SETIAP PERTEMUAN PASTI AKAN BERLAKU PERPISAHAN"

Aku pegang pada kata-kata tu.

Tapi, kita yang masih berpeluang bernafas di atas muka bumi ini..harus berputus asakah ? Biarkan saat-saat yang ada pergi tanpa melakukan apa-apa ? Kadang-kadang, kita juga perlu luangkan masa tuk mencipta bahagia. Senyum dengan ikhlas.

Senyumlah dari hati. Senyuman yang terlahir dari hati bisa menenangkan diri sendiri. Menangislah jika diri kamu berasa sedih, tapi ingat, JANGAN LUPA UNTUK BANGUN !

Sayangilah diri sendiri. ALLAH pinjamkan jasad ni bukan tuk kita sakit-sakitkan. Hargailah pemberian TUHAN. Kita mengharapkan kasih dan sayang dari orang lain, tapi adakah kita sendiri sudah cukup mengasihi diri sendri ? Kenapa perlu menzalimi diri sendiri ??

"LIVE LIFE ! "

Hidup ni cuma satu kali. Kenapa kita perlu bersedih ??

"WAH ! PELANGI ITU SANGAT INDAH ! "

Nikmatilah keindahan yang ALLAH ciptakan. Melihat dunia. Berkongsilah bersama-sama kita sendiri.

"RUGI!!!"

Sekiranya kamu tidak hargai saat yang kamu ada ini melihat dunia. Rugi sekiranya anda biarkan diri anda selalu dalam kemurungan. Rugi sekiranya pintu hati anda ditutup rapat tanpa mengenali apa itu hidup. Dan rugi sekiranya anda tidak menerima dan memberi. :) :)

(sila klik link di atas)

17 July 2011

Nasihat Bonda

Bah bah bah. Selalu kena pot pet pot pet ngan mama pasai ni. Tapi bile mama tak de n jauh dengan aku, tibe2 aku teringat semua nasihat2 die. (rinduuuuuuu manyak sama mama oooo)....sob sob :'(

Nak taw mama aku asyik cakap pasai ape ??

1 - BOIFREN
2- SUAMI

HAAAAAA??!!!! aiyoyoyo. Fenim fenim.


Entry kali ni, aku nak share ape yang mama aku duk kalut sangat tuh. hehehe

1 - Kalo Along nak cari boifren, cari boifren yang nakal. Cari boifren yang sememangnya "jahat". Jangan cari yang baik sangat. Coz yang nampak baik tu tak semstinya baik kan ? Jahat ni maksudnya, jangan lah cari yang terlalu sempurna, janganlah cari boifren yang terlalu baik, yang sedang-sedang aja. Yang ada kebaikan dan keburukan :)

2 - FIRST DATE. Yang ni best. Mama cakap,  first date - sape yang belanja sape?? Kalo si perempuan yang kena spend duet lebih tuk laki, mama cakap, blah cepat2!! HAHA. JANGAN LAYAN TERUS LELAKI MACAM TU. (tapi jangan slalu harapkan duet bf kamu aje. kadang2 tak slah kita berbelanja untuk dia )

3 -  KUKU DAN GIGI. Lelaki yang bersih, kuku dorang jugak bersih. Ini fakta :) Lagi satu, giginya - Gigi yang sempurna membuat senyuman seseorang itu cukup menawan kan ? HAHA

4 - Bila dah kahwin nanti, kalu gado ngan suami jangan sesekali tidur berasingan. Dan jangan bawak diri ke umah mama plak taw ? Kamu selesaikanlah sendiri masalah kamu berdua nanti.

5 - "Along carilah lelaki yang boleh terima kita seadanya. Lelaki yang tidak memaksa kita tuk menjadi sesempurna yang dia mahu. " Maksud mama, kalo korang terpaksa berkorban untuk sesuatu yang tidak logik tuk sorang lelaki, itu TIDAK PERLU. Lagi-lagi yang tak diterima dek akal.

6 - Bila dah jadi seorang isteri, kamu kena ikut kata suami taw. Tapi zaman sekarang ni, jangan sampai kamu jadi lurus bendul plak. Kita juga berhak bersuara.

7 - Lagi satu, mama slalu bebel kat aku bile kiotrang wat kerja kat dapur. Ngeh3. PERUT SUAMI YANG BUNCIT ITU ADA RAHSIA TERSIRAT. :) Korang paham kan ape maksod mama aku ?

8 - Bila kamu dah bergelar seorang ibu. Ini pesanan paling power. "BILA KORANG BUSY DENGAN KERJA AND TAK SEMPAT NAK URUSKAN ANAK...INGAT !!!! JANGAN SESEKALI MAI LETOK ANOK KAT UMAH MAMA DEYHHH. MAMA BUKAN BABYSITTER KAMU !! INGAT TU !!! (haha, blom pape lagi mama aku dah pesan. haiiihhh....)

So, mama korang pesan ape ? Seoarang ibu semestinya mahu melihat anaknya hidup bahagia bersama pasangan mereka. Kalo sesebuah hubungan itu tidak direstui oleh orang tua kita, percayalah. Semua itu pasti bersebab. Mereka telah melalui satu fasa kehidupan dan lebih memahami, lebih mengerti. Pilihlah pasangan yang bisa menyenangkan hati semua pihak, dan tidak melukai hati sesiapa untuk memiliki dia ya ? :) :) :)