Showing posts with label Satu Rahsia. Show all posts
Showing posts with label Satu Rahsia. Show all posts

01 November 2011

The Other Side of Rudiey Sepet

Assalamualaikum Wbt....

Jun, Julai, Ogos, September, Oktober and here comes NOVEMBER. Sudah tiba masanya tuk move forward and never looking back at yesterday (i guess). Banyak perkara yang dah saya lalui. Dan semua tu mengajar saya untuk lebih berhati-hati. (Betul ke dah belajar?) 

Hidup ni penuh dengan ujian. Every single of my movement, ALLAH sentiasa menguji. Gagal, tertinggal, tersisih, terpinggir or dipinggirkan. Semuanya saya pernah rasai. Apabila saya cuba buka pintu tuk kali kedua saya masih terluka.

Dan apabila saya terpaksa melepas sesuatu yang amat saya sayangi. It doesn't mean saya NAK perkara tu berlaku. Yes, I did it on purpose. TAPI semua tu bersebab. Kadang-kadang kita tidak boleh terikut kata hati sendiri. Kerana bila saya ikut apa hati saya nak, saya akan terluka.

Sebaliknya berlaku apabila saya ikut apa yang saya fikirkan terbaik. Tapi dalam waktu yang sama, saya akan rasa KESEORANGAN. Jalan/lorong yang mana harus saya pilih ? 

Mungkin ini masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri saya sendiri. Perbaiki diri. Perbetulkan apa yang salah dan biarkan yang betul menjadi satu rutin yang baru. 

Fokus untuk jadi yang terbaik, sebaik yang mungkin tapi bukan terlalu sempurna. Tak mungkin saya bisa jadi sempurna. Saya hanya seorang wanita biasa. (Wanitakah aku ? HAHA)

BTW, tuk semua kawan-kawan yang selalu menyokong saya. Rudy akan publish KOMIK saya pada masa akan datang. Doakan saya ya ? 

Terima kasih kepada kawan-kawan dan "pak cik" yang masih ada bersama saya. (Even bagi pak cik this is nothing).

Saya hargai semuanya. Terima kasih.


28 August 2011

Bismillah

Assalamualaikum....
Lame giler tak hapdate blog. Tak sempat. Siang kerja, malam kerja. Kerja GILA. 
Otak juga menggila memikirkan masa depan, impian, cita-cita. Apa yang aku kejar ? Janji2 aku dengan orang dah tertunai kah ? Aku sendiri pun lupa. Aku pernah janji nak buat tu nak buat ni, tapi masih tertunggak. Maaf. 

Sebenarnya, aku tengah planning something. Ntah la akan jadi nyata atau tidak :)

My family (especially my lovely mama) support project aku ni. Segelintir kawan aku tahu tentang ni. Dan aku janji akan siapkan bulan lepas. But masih tergendala. Maafkan saya ya ? 

Saya janji kerja ni akan siap. I need u guys. :) Please support me :)

This is what I am talking about...

TADAA !!




klik untuk tumbesaran



insyaALLAH
tidak lupa kepada Encik Sarman yang banyak beri tunjuk ajar dan komen.

p/s : character wujud selepas aku bangun dari tidur yang agak lama. bangun je tido, tanpa cuci muka, gosok gigi. tros amek pensel and lakar. hahaha. and there is sumone yang teruja gila nak tengok hasil kerja saya. saya hargai sangat. :) saya janji project ni akan disiapkan secepat yang mungkin. i'll try my best. i promise. 

:) :) :)

17 July 2011

Nasihat Bonda

Bah bah bah. Selalu kena pot pet pot pet ngan mama pasai ni. Tapi bile mama tak de n jauh dengan aku, tibe2 aku teringat semua nasihat2 die. (rinduuuuuuu manyak sama mama oooo)....sob sob :'(

Nak taw mama aku asyik cakap pasai ape ??

1 - BOIFREN
2- SUAMI

HAAAAAA??!!!! aiyoyoyo. Fenim fenim.


Entry kali ni, aku nak share ape yang mama aku duk kalut sangat tuh. hehehe

1 - Kalo Along nak cari boifren, cari boifren yang nakal. Cari boifren yang sememangnya "jahat". Jangan cari yang baik sangat. Coz yang nampak baik tu tak semstinya baik kan ? Jahat ni maksudnya, jangan lah cari yang terlalu sempurna, janganlah cari boifren yang terlalu baik, yang sedang-sedang aja. Yang ada kebaikan dan keburukan :)

2 - FIRST DATE. Yang ni best. Mama cakap,  first date - sape yang belanja sape?? Kalo si perempuan yang kena spend duet lebih tuk laki, mama cakap, blah cepat2!! HAHA. JANGAN LAYAN TERUS LELAKI MACAM TU. (tapi jangan slalu harapkan duet bf kamu aje. kadang2 tak slah kita berbelanja untuk dia )

3 -  KUKU DAN GIGI. Lelaki yang bersih, kuku dorang jugak bersih. Ini fakta :) Lagi satu, giginya - Gigi yang sempurna membuat senyuman seseorang itu cukup menawan kan ? HAHA

4 - Bila dah kahwin nanti, kalu gado ngan suami jangan sesekali tidur berasingan. Dan jangan bawak diri ke umah mama plak taw ? Kamu selesaikanlah sendiri masalah kamu berdua nanti.

5 - "Along carilah lelaki yang boleh terima kita seadanya. Lelaki yang tidak memaksa kita tuk menjadi sesempurna yang dia mahu. " Maksud mama, kalo korang terpaksa berkorban untuk sesuatu yang tidak logik tuk sorang lelaki, itu TIDAK PERLU. Lagi-lagi yang tak diterima dek akal.

6 - Bila dah jadi seorang isteri, kamu kena ikut kata suami taw. Tapi zaman sekarang ni, jangan sampai kamu jadi lurus bendul plak. Kita juga berhak bersuara.

7 - Lagi satu, mama slalu bebel kat aku bile kiotrang wat kerja kat dapur. Ngeh3. PERUT SUAMI YANG BUNCIT ITU ADA RAHSIA TERSIRAT. :) Korang paham kan ape maksod mama aku ?

8 - Bila kamu dah bergelar seorang ibu. Ini pesanan paling power. "BILA KORANG BUSY DENGAN KERJA AND TAK SEMPAT NAK URUSKAN ANAK...INGAT !!!! JANGAN SESEKALI MAI LETOK ANOK KAT UMAH MAMA DEYHHH. MAMA BUKAN BABYSITTER KAMU !! INGAT TU !!! (haha, blom pape lagi mama aku dah pesan. haiiihhh....)

So, mama korang pesan ape ? Seoarang ibu semestinya mahu melihat anaknya hidup bahagia bersama pasangan mereka. Kalo sesebuah hubungan itu tidak direstui oleh orang tua kita, percayalah. Semua itu pasti bersebab. Mereka telah melalui satu fasa kehidupan dan lebih memahami, lebih mengerti. Pilihlah pasangan yang bisa menyenangkan hati semua pihak, dan tidak melukai hati sesiapa untuk memiliki dia ya ? :) :) :)

20 May 2011

History of The Moon - Chang-Er

*The Moon by Rudiey Sepet*
Material : Black A4 paper, Oil Pastels Buncho

Ya, saya suke tengok Bulan. Lagi-lagi on full-moon. Ngeri dan menakutkan. Tapi cantik dan indah. Nampak terang nun di atas sana. Sesetengah orang, bile hati berbunga-bungi kononnya dapat connecting dengan si pencuri hati bila sama-sama melihat bulan. HAHA. *terasa*

Al-kisahnya, dulu time aku skolah rendah. Ya, kawan-kawanku majoriti Cina dan kawan Melayu aku tak sampai 10 orang pun. Heh ! So, sedikit sebanyak pangai dorang, idea dorang, kepercayaan karut dorang aku tahu. Aku masih ingat kawan aku Mei Ling bagitaw, nenek die cakap, kita tak boleh merenung bulan lama-lama, nanti telinga akan terbelah. HAH?? Kawan-kawan sekelas aku yang lain juga cakap camtu. Tu la kepercayaan dorang. Dulu, punya la takot, aku nak sangat-sangat tengok bulan. Aku tutup muka aku then intai bulan kat celah-celah jari pendek ni. hehe. And, time korang kecik-kecik bulat-bulat montok-montok gitu, korang pernah tak habaq gini "Oloh, kenapa bulan ni asyik ikut kita mama??" HAHA. :)

Entry kali ni, Rudy nak kongsi pasal kepercayaan orang Cina.
Kononya, Chang-Er seorang wanta yang sangat-sangat cantik berada di Bulan dan masih berkabung untuk suaminya yang tercinta.

Al-kisahnya, Di Jun, the God of the Eastern Sea and Xi He, the Sun Mother had ten sons, each of them glowed as radiant suns. Everyday, si Ibu Matahari ni akan bawak anak-anak dia ke tasik dan mandikan anak-anak matahari ni then keringkan dorang kat sejenis pohon "mulberry" yang bernama Fu Sang. Then si Ibu ni biarkan anak-anaknya bermain di langit dengan menaiki sebuah kereta yang ditarik oleh 6 ekor naga. 
Anak-anak matahari ni bermain di kawasan Barat langit, antara gunung Yen Tzu. Oleh sebab ada sepuluh bijik matahari kat atas langit nu. Maka bumi menjadi sangat-sangat panas. Ye la, anak-anak matahari ni bermain tiap-tiap hari atas langit nu. Efeknya, air di bumi mulai kering, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia mulai mati sebab terima terlampau banyak cahaya dari matahari. 
Kejadian ni berlaku semasa China ditakluki oleh Maharaja Yao. So, Maharaja Yao memohon pada Ayah dan Ibu Matahri dari syurga ni tolong setel kan masalah ni.

Lalu, si Ayoh ni menasihati anak-anaknya, 
"Anak-anak, doh la tu. Jangan main kat langit lagi. Cian bumi, sebab korang dorang jadi gini. Dah,dah meh balik meh" 
then si anak matahari yang sulung jawab
"alaa, ayah ni tak sporting la. Syok la maen-maen kat langit. Kan adik-adik kembarku?"

pendekkan cite, dorang tak dengar la nasihat ayoh tu. Dorang still maen "berambak" (kejar-mengejar) kat langit. Then, si ayah panggil la cikgu disiplin. eh ! Panggil seorang pemanah terhebat kat syurga dorang yang bernama Hou Yi untuk menggertak anaknya dengan panah supaya tidak bermain-main di langit lagi. Tapi si Hou  Yi ni ganas la pulok. Si Ayoh mintak die gertak je tapi die panah anak matahari tu betol-betol. Haiyak ! Jadi kes BUNUH plop. Tapi Hou Yi juz bunuh 9 anak matahari. Sebabnya, Maharaja cakap, bio la tinggal satu kat langit tu. Cahaya yang diterima dari satu anak matahari ni hangat dan sesuai dengan keperluan anak-anak bumi. Then bila si ayoh tahu anak-anaknya di bunuh. Dio maroh la wei. Maka Hou Yi didakwa dan dibicarakan di mahkamah syurga dorang pasai ni. Si ayoh maroh gilababeng then mengusir si pembunuh ni ke bumi. Die dijadikan manusie biase dan dapat hidup selamanya di bumi. Dan tidak dibenarkan sama sekali kembali ke syurga. 

Then masa kat bumi, die terjatuh hati pada seorang wanita yang bernama Chang-Er. Lalu mereka berkahwin.
Hou Yi sangat2 mencintai bini die yang comei lotei nih. Die pergi bertapa di sebuah gunung untuk menambah ilmu. Kung kang kung kang kumat-kumit, nenek kebayan versi Cina ni suke dengan keperibadian yang ada pada Hou Yi, lalu doe hadiahkan sejenis ubat yang dibuat dari akar kayu mende ntah. Hou Yi nak bagi ubat tu tuk bini die. Ye la nak hidup bersame selamanya bersama bini die. Tapi dengan syarat ubat tu diminum time bulan mengambang. 

Hou Yi pulang dengan gembira n tak sabo giler nak bagitahu bini dia sal ni. Sampai je rumah, perkara ni di bagitaw kat bini die. Unfortunately, servant-man diorang dengar pasai ni. And plan nak rampas ubat tu nanti. 
Satu malam, servant-man masuk ke bilik Hou Yi nak curi ubat tu. Die bunuh Hou Yi ketika die tidor. Terkejut giler-babeng Chang-Er. "Abang! Abang !! Jangan tinggalkan saya !! " 
Servant-man tu berjaya amek ubat tu. Tapi tak minum trus. Chang-Er bergelut dengan servant-man yang jahat tu. Dush sana dush sini, ubat tu berjaya dirampas balik. Lalu Chang-Er tros minum ubat tu sampai lupe ubat tu kena minum time bulan mengambang. 

Tiba-tiba, servant-man tu tengok badan Chang-Er mula terapung. Semakin lama semakin tinggi. Sehingga terapung di atas bulan. Tapi Chang-Er bersyukur, Kerana di bulan dia masih dekat bersama suaminya yang tercinta. And di sana dia boleh melihat suaminya. Kepercayaan orang Cina, mereka cakap Chang-Er masih berkabung di bulan di atas kematian suaminya. That's why diorang selalu nyalakan lanterns / tanglung sebagai memperingati cinta Chang-Er. Begitulah al-kisahnya.

:)

*illustration from Google Images*

p/s : Dialog aku reka je. Bukan dari kisah sebenar :P

:)



07 May 2011

Benefits of COCKROACHES

Assalamualaikum wbt.

Ok, tajuk pon cam "pehal lak ni". Tajuk yang memutar belitkan sistem otak. HAHA. Sape suke lipas ?? Tengok je lipas rase cam nak hentam ngan penyapu dok ? Kite kutuk die kotor la, bau busuk la. Hey hey hey, korang taw ke LIPAS NI MENYUMBANG KESAN-KESAN POSITIF UNTUK MANUSIA  DAN ALAM SEMESTA ?!

Sejujurnya, seikhlasnya, YA ! AKU BENCI LIPAS !!! Aku geli, sebab die pernah masuk dalam kain aku ! Pernah terbang atas muka aku !!! EEEUUUWWW !!! (maybe die nak balas dendam, coz aku sembur Ricsect)

Aku post entry ni coz petang tadi, kucing aku tengah bermanja ngan lipas. Gulp !

1 - Lipas mesra alam. It help pollinate (pollen/debunga) tuk bunga-bungi in tropics. Lipas juga yang tolong mengais hakisan hakisan yang ditinggalkan oleh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Lorh, rajin ugop awop ni. 
2- Lipas untuk perubatan masa akan datang. According to British's scientists, lipas ni akan menyumbang dalam perubatan. Sebabnya, sistem saraf otak lipas ni ada sembilan molekul beracun yang boleh menentang aliran ubat.
dalam satu fakta yang Rudy jumpa : "In lab-dish tests, postgrad researcher Simon Lee found the novel compounds killed more than 90% of poisonous Escherichia coli and methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) germs. 
Escherichia coli means : sejenis bakteria yang ada pada sistem pencernaan yang ada pada manusia dan haiwan.
MRSA : (Aku malas nak translate bahasa sains ni- tekan sini
3 - Lipas sebagai makanan harian. Yark ! Kat America, dorang taruk lipas lam PIZZA !! Ada sesetengah tu suke makan lipas goreng masak kicap ! Yeeww. Some people say LIPAS taste is not bad at all !! Nak tambah lagi ni, ada jugak yang cakap lipas rase cam ayam panggang. DAN, ada yang suka lipas yang disalut dengan chocolate. HAHA. 

Ok, cam ni la. Pendek kan cerita, sesungguhnya, SEMUA KEJADIAN ATAS MUKA BUMI INI BERSEBAB. ALLAH MAHA MENGETAHUI. Binatang lain yang korang duk kutuk contohnya BABI atau dengan nama manjanya KHINZIR, ia juga tercipta dengan seribu satu kebaikan. Kan ?

-END-

*illustration : source from Google Images*
geli aku nak lukis :P