Showing posts with label Rudy maroh wei. Show all posts
Showing posts with label Rudy maroh wei. Show all posts

11 March 2011

Terima Kasih

Satu hari, petang, hujan renyai2 membasahi bumi. Rudy kat Machang, and terpakse balik ngan bas sebab kawan saya terpakse stay kat Machang dat day. Dalam pukul 4 petang, tunggu bas kat stesen bas Machang. Lame nk mampos bas ni. Geram gak aku duk tunggu. Leper tutt tutt tercongok kat situ. Huish. Sabo2. Siyes la cakap, aku memang menyampah ngan schedule bas merah ni. Lam schedule tulis setiap setengah jam. Aku tunggu sampai pukul 5 dowh ! Memang bengang la wei.

Tepat jam 5.05 bas merah buruk tu sampai. Berpusu2 cam kejar duit berterbangan dari langit nak naik bas. Orang yang kat dalam tu nak turun pon tak dapat, cam artis kene serbu ngan peminat. Bongok ke ape kamu semua ni ? Orang nak turun tu weih. Sabo la. Kalo korang yang nak turun orang block pandai plak ko nak marah, bile ko nak naik ko tak kesa pon ngan makcik or pakcik yang turun tu. Aku bukan nak mengata kat budak yang ade otak, tapi budak yang ada otak ni tak pandai nak pakai otak dorang. Bak kata Phua Chu Kang " Use ur brain la, a little bit harder ! Haiya ! " Budak2 ni pom bukannye budak lagi, da besar blaja sampai menara gading gajoh dah. Bagi la ruang sikit tuk makcik pakcik tu mek weii.

Dapat nek bas and then bayar sebelom duduk. Huhu. Aku tengok semua dapat tempat duduk. Sorang dapat 2 tempat duduk. Satu tuk jasad satu untuk beg. Aku ? Nak duk mane weih ? Bile kite lalu tempat duduk yang dorang letok beg tu, seme buat muke slambe. Cam tak paham pape. Cehh ! Lantak lu la. Gua leyh duk blakang nu. Belakang sekali, ada 4 tempat kosong, sebelah kiri aku ade sorang pakcik lam lingkungan awal 50-an. Aku duduk seat sebelah kanan bas.

Ni masalah bas plak. Nak duk cam ne ni ? Alahai, kerusi ke ape ni ? Buruk gile wei wa cakap. Nak duduk pon takot, cam risiko tinggi je. Hurm. Ape ni ??!! Kerusi depan aku ni penuh ngan contengan. Mengarut weii!! Meh aku nak tunjuk.


ayat lucah sana sini. ko memang da tak leyh tahan eyh ?


korang nampak tak perkataan apa kat atas tu ? hurmm
korang pernah wat camni ?
Ayat lucah sana sini. Kerusi tak cukup anggota. Kerusi koyak sana sini. Bahaya weih. Kalo dawai tu tercucuk belakang, punggung penumpang camne ?

Ok, sekarang ni Rudy nak tanya. Sepanjang korang nek bas awam, pernah tak korang rase betol2 selesa ?  Aku tataw nak salah kan sape lam hal ni. Penumpang sengek, pemandu pon buat-buat tak taw. Orang gile wat kacau lam bas pon wat2 bodo je.  Semua ni salah sape ? Takde otak ke wei ?  Bukan setakat bandar je kotor, hati manusia otak manusia pon kotor. Tepuk dada tanya selera.

Peace no war lagi.