Showing posts with label "Benda" pelik di Dunia. Show all posts
Showing posts with label "Benda" pelik di Dunia. Show all posts

20 May 2011

History of The Moon - Chang-Er

*The Moon by Rudiey Sepet*
Material : Black A4 paper, Oil Pastels Buncho

Ya, saya suke tengok Bulan. Lagi-lagi on full-moon. Ngeri dan menakutkan. Tapi cantik dan indah. Nampak terang nun di atas sana. Sesetengah orang, bile hati berbunga-bungi kononnya dapat connecting dengan si pencuri hati bila sama-sama melihat bulan. HAHA. *terasa*

Al-kisahnya, dulu time aku skolah rendah. Ya, kawan-kawanku majoriti Cina dan kawan Melayu aku tak sampai 10 orang pun. Heh ! So, sedikit sebanyak pangai dorang, idea dorang, kepercayaan karut dorang aku tahu. Aku masih ingat kawan aku Mei Ling bagitaw, nenek die cakap, kita tak boleh merenung bulan lama-lama, nanti telinga akan terbelah. HAH?? Kawan-kawan sekelas aku yang lain juga cakap camtu. Tu la kepercayaan dorang. Dulu, punya la takot, aku nak sangat-sangat tengok bulan. Aku tutup muka aku then intai bulan kat celah-celah jari pendek ni. hehe. And, time korang kecik-kecik bulat-bulat montok-montok gitu, korang pernah tak habaq gini "Oloh, kenapa bulan ni asyik ikut kita mama??" HAHA. :)

Entry kali ni, Rudy nak kongsi pasal kepercayaan orang Cina.
Kononya, Chang-Er seorang wanta yang sangat-sangat cantik berada di Bulan dan masih berkabung untuk suaminya yang tercinta.

Al-kisahnya, Di Jun, the God of the Eastern Sea and Xi He, the Sun Mother had ten sons, each of them glowed as radiant suns. Everyday, si Ibu Matahari ni akan bawak anak-anak dia ke tasik dan mandikan anak-anak matahari ni then keringkan dorang kat sejenis pohon "mulberry" yang bernama Fu Sang. Then si Ibu ni biarkan anak-anaknya bermain di langit dengan menaiki sebuah kereta yang ditarik oleh 6 ekor naga. 
Anak-anak matahari ni bermain di kawasan Barat langit, antara gunung Yen Tzu. Oleh sebab ada sepuluh bijik matahari kat atas langit nu. Maka bumi menjadi sangat-sangat panas. Ye la, anak-anak matahari ni bermain tiap-tiap hari atas langit nu. Efeknya, air di bumi mulai kering, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia mulai mati sebab terima terlampau banyak cahaya dari matahari. 
Kejadian ni berlaku semasa China ditakluki oleh Maharaja Yao. So, Maharaja Yao memohon pada Ayah dan Ibu Matahri dari syurga ni tolong setel kan masalah ni.

Lalu, si Ayoh ni menasihati anak-anaknya, 
"Anak-anak, doh la tu. Jangan main kat langit lagi. Cian bumi, sebab korang dorang jadi gini. Dah,dah meh balik meh" 
then si anak matahari yang sulung jawab
"alaa, ayah ni tak sporting la. Syok la maen-maen kat langit. Kan adik-adik kembarku?"

pendekkan cite, dorang tak dengar la nasihat ayoh tu. Dorang still maen "berambak" (kejar-mengejar) kat langit. Then, si ayah panggil la cikgu disiplin. eh ! Panggil seorang pemanah terhebat kat syurga dorang yang bernama Hou Yi untuk menggertak anaknya dengan panah supaya tidak bermain-main di langit lagi. Tapi si Hou  Yi ni ganas la pulok. Si Ayoh mintak die gertak je tapi die panah anak matahari tu betol-betol. Haiyak ! Jadi kes BUNUH plop. Tapi Hou Yi juz bunuh 9 anak matahari. Sebabnya, Maharaja cakap, bio la tinggal satu kat langit tu. Cahaya yang diterima dari satu anak matahari ni hangat dan sesuai dengan keperluan anak-anak bumi. Then bila si ayoh tahu anak-anaknya di bunuh. Dio maroh la wei. Maka Hou Yi didakwa dan dibicarakan di mahkamah syurga dorang pasai ni. Si ayoh maroh gilababeng then mengusir si pembunuh ni ke bumi. Die dijadikan manusie biase dan dapat hidup selamanya di bumi. Dan tidak dibenarkan sama sekali kembali ke syurga. 

Then masa kat bumi, die terjatuh hati pada seorang wanita yang bernama Chang-Er. Lalu mereka berkahwin.
Hou Yi sangat2 mencintai bini die yang comei lotei nih. Die pergi bertapa di sebuah gunung untuk menambah ilmu. Kung kang kung kang kumat-kumit, nenek kebayan versi Cina ni suke dengan keperibadian yang ada pada Hou Yi, lalu doe hadiahkan sejenis ubat yang dibuat dari akar kayu mende ntah. Hou Yi nak bagi ubat tu tuk bini die. Ye la nak hidup bersame selamanya bersama bini die. Tapi dengan syarat ubat tu diminum time bulan mengambang. 

Hou Yi pulang dengan gembira n tak sabo giler nak bagitahu bini dia sal ni. Sampai je rumah, perkara ni di bagitaw kat bini die. Unfortunately, servant-man diorang dengar pasai ni. And plan nak rampas ubat tu nanti. 
Satu malam, servant-man masuk ke bilik Hou Yi nak curi ubat tu. Die bunuh Hou Yi ketika die tidor. Terkejut giler-babeng Chang-Er. "Abang! Abang !! Jangan tinggalkan saya !! " 
Servant-man tu berjaya amek ubat tu. Tapi tak minum trus. Chang-Er bergelut dengan servant-man yang jahat tu. Dush sana dush sini, ubat tu berjaya dirampas balik. Lalu Chang-Er tros minum ubat tu sampai lupe ubat tu kena minum time bulan mengambang. 

Tiba-tiba, servant-man tu tengok badan Chang-Er mula terapung. Semakin lama semakin tinggi. Sehingga terapung di atas bulan. Tapi Chang-Er bersyukur, Kerana di bulan dia masih dekat bersama suaminya yang tercinta. And di sana dia boleh melihat suaminya. Kepercayaan orang Cina, mereka cakap Chang-Er masih berkabung di bulan di atas kematian suaminya. That's why diorang selalu nyalakan lanterns / tanglung sebagai memperingati cinta Chang-Er. Begitulah al-kisahnya.

:)

*illustration from Google Images*

p/s : Dialog aku reka je. Bukan dari kisah sebenar :P

:)



04 March 2011

A Human or A Doll ?

I discover this girl image semalam. Mula-mulanye, nak check e-mail kat account yahoo. Tapi isu sal perempuan ni pulak yang kua kat yahoo news. Muke die sebijik cam Human-Doll weis.





adoii. kiut nyee


is this real ?


macam susah nak percaya


biar betol ?


*****

This is real doll :)

So, what do you think readers ? Korang percaye ke ada perempuan kiut camni ? Hahaha ! ABSOLUTELY NOT !!! THIS IS FAKE, OK ? The pictures are highly edited and embellished. How come benda camni bole jadi isu ? Well, this was all because of her perfect doll-like image hit Web communities. Orang pun mula la sebok nak tahu, btol ke ada manusie muke kiut cam ni. So, the newly revealed has stated that, all those pictures are FAKE ! Online users debate over whether the picture-perfect girl is a human or a doll. Many netizens who praised her "beauty" appearance seemed disappointed due to her artificial photo editing. O.O
She is Wang Jiayun, a Chinese high-school girl. She is 17 y.o. and studies in Shenzen, China. Due to controversy growth, she has shut down her personal blog. :) 

My advice, JANGAN PERCAYA PADA GAMBAR ! (^-^)v

Source: The Korean Herald/ANN
Published March 2 2011




03 March 2011

Idea Gila Cik GAGA

Bosan gile sampai tataw nak buat apa. Bace blog orang, search web situ sini, tibe2 jari tertekan fashion blog - Gaga Weird Outfits. Ahaks. Memang PELIK, ANEH. Tapi sejujurnya Rudy salute dia, sebab die terlalu pelik dan jenis kebal tak kesah orang nak kutuk ape pon.

Kat web situ sini bersepah, or in bahasa Kelate "berjebok" pixcha GAGA yang pelik. Jom treasure !

the hair - die amek rambut sape weis ?

 button head - dulu riben sekarang butang pulak. Bapok gile beso!

 holy vampire - apa plak niiii ??
lady meets village people - aik ?? GAGA jumpe orang kampung pakai gini ke ??

 bondage - kalo nak jadi pengganas bole kot pakai gini ??
bubbles - otak die ni sehat ke tak ?

muppet skirt - Gaga u memang "kreatif"

my pony girl - underwear die paling menyerlah ! roarr !!

 ceramic vintage - no komen, lu pk la sendiri

life is plastic - hahaha, gile !

lobster head - Gaga suke makan seafood

proper - pandai gak minah ni pakai sopan2

quilted queen - Gaga, i suke payung u la. Mao pinjam bole ?

rock 'n roll jackie - muka Gaga yang sememeh

sparkly - berjuta bintang bernyanyi, ku di antara yang satu

queen of universe - Gaga pakai dawai ke straw berputar2 ?

3 layer cake - hahaha, lucu weis 

***

BUT, ada ugak outfits Gaga yang pelik tapi lawa di mata saya. Meh sini nak tunjuk.
the iced princess - i love this outfit.

geeky chic - perfecto !

marilyn monroe punk - suke suke suke !

new jersey - Ok kan ?

precious gems - this is ok !

you gimme butterflies - wow! glasses yg unik,ok !

Not all of her outfits tu pelik, ade jugak outfits die yang ok, ok ? Kat luar sane, ade ugak fans die yg obses and sanggup pakai macam die la. mekap, outfits everything nak tiru die. 

***

Pernah tengok minah pelik ni tanpa mekap ?

urm...no komen. mekap memang penting bagi seorang wanita. 

GAGA sebelom jadik artis (left), bile da jadi celebrity gini plak jadinye (right)
TQ

BTW, Gaga saya mitak maap jika kata-kata saye menyinggung persaan awak. (Tu pun kal awok paham bahasa Melayu :P )