Assalamualaikum wbt....
"Hidup perlu diteruskan"
Setiap manusia pernah lalui kegagalan dalam hidup ni kan ? Kegagalan yang kecil, kegagalan yang amat besar. Semua kegagalan tu menyakitkan. Sedih dan kecewa.
Gagal dalam karier. Gagal dalam pelajaran. Gagal dalam hubungan. Gagal menguruskan diri dengan baik. Gagal mencapai cita-cita. Gagal dalam cubaan memasak untuk kali pertama. Gagal dalam pertandingan. Gagal ! Gagal ! Gagal !
Selepas satu kegagalan kita mungkin akan gagal lagi. Pedih ! Patah hati ! Kita menangis untuk kegagalan tu.
Tapi pernah tak kita mencari KENAPA kita GAGAL ?
Punca sebuah kegagalan tu ?
Menangis sedih saja tidak cukup.
"Menangislah apabila perlu, TAPI jangan lupa untuk BANGUN ! "
Kita mungkin gagal untuk percubaan pertama, atau mungkin untuk percubaan kedua. Namun, tak mustahil ada di antara kita yang perlu menghadapi kegagalan berulang-ulang kali sebelum mereka berjaya.
"Kita hanya merancang, tapi DIA yang menentukan segala-galanya."
"Gagal itu tak semestinya pahit."
"Setiap kepahitan yang berlaku, pasti ada kemanisan hikmah yang tersembunyi."
"Jangan menyerah. "
