Showing posts with label Sesuatu yang Berbisik. Show all posts
Showing posts with label Sesuatu yang Berbisik. Show all posts

28 February 2012

I Will Always Love YOU


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum WBT….

Tick tock tick tock. Masa berlalu pergi dengan pantas. Bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang, bulan Mac bakal tiba beberapa hari lagi. Apa yang korang dah plan tuk bulan depan ? Bercuti ? Mencari kerja baru ? Beli kereta baru ? Berpindah ke tempat baru ?

Bila masuk je tahun baru, semua orang berazam baru. Semuanya ingin melangkah maju ke depan. Tapi bagi aku, setiap hari, setiap pagi adalah permulaan yang baru. Selagi jasadku masih boleh bergerak, setiap hari adalah hari tuk aku perbetulkan kesilapan yang lepas dan hari yang baru tuk aku mula sesuatu yang baru.
Sebagai manusia biasa, sebagai hamba-NYA yang hina, kita akan terjatuh, jatuh tersungkur, jatuh bergolek berguling-guling atau mungkin juga jatuh dan terus tenggelam. Semuanya adalah ujian dari-NYA. Bila berlaku macam ni , kita mula mengingati DIA. Merindui DIA. Mula ingin mendekati DIA.

“Ya ALLAH, Ya Rabbi, Ya Kariim…”

Sabar. Sabar adalah satu perkataan yang indah lagi lembut tapi sukar untuk kita lakukan. Aku sendiri pun selalu bersikap kurang sabar. Yang ruginya tetap aku. Bila difikir balik, “Hurm, kenapa aku tak bersabar dan tunggu dulu?”

“Sabar itu indah.”

Manusia juga adalah makhluk yang penuh dengan perasaan dengki sesama sendiri. Apabila perasaan itu menguasai minda dan hati, hati yang bersih juga bisa bertukar menjadi gelap dan busuk. Bukan itu saja, syaitan dan iblis laknatullah mula bertindak lebih kejam tuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam.
Perkara yang haram dan syirik tidak dihiraukan lagi.

“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Puan. Saya harap Puan bersabar. Sama-samalah kita mencari jalan keluar. InsyaALLAH, Allah akan membantu kita.”

Sihir suami isteri, Santau, Bomoh, Abu mayat, Bunga taik ayam, Serpihan tulang, Paku berkarat, Duit Syiling 20sen…
Merosakkan masjid orang lain, menjatuhkan perniagaan orang lain hingga muflis. Kejadian macam ni dah jadi satu lumrah kehidupan manusia.

“Biarlah, saya berserah pada ALLAH Taala. Biar Allah saja yang menghukumnya. Itu dosa dia dengan Allah.”

“Mama, sabar.”

Alhamdulillah, kerana semuanya kami dah lalui dengan bantuan ALLAH.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kerdilnya aku, hinanya aku. Allah sentiasa bersama aku. Allah sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk aku. Allah sentiasa ada untuk aku. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Penyayang.

“I love YOU, ALLAH”

Aku tak pernah ucap “I love YOU” kepada Maha Pencipta.



“I love YOU, ALLAH.”
“I love YOU for always being there for me when I needed someone to talk to.”
“I love YOU for giving me strength to going through my days.”
“I love YOU for answering my prayers.”
“I love YOU when my tears are pouring on my face and when I asking for your guidance.”
“I love YOU for giving me a lot of unforgettable moments in my life.”
“I love YOU when YOU show me the way out when I am in the dark.”
“I love YOU for understands how I really feel.”
“I love YOU when YOU make me feel I am not alone.”
“I love YOU for giving me strength when I’m about to fall.”
“I love YOU for always saving my life.”
“I love YOU when there is a beautiful moment happened to me.”
“I truly love YOU.”
“There is nothing greatest than YOUR love.”
“I will always love YOU, ALLAH.”




** Teringat pesanan bonda. Jangan ucap "Lailah..." sebab "Lailah" bermaksud "TIADA TUHAN". Kesimpulannya, haruslah disebut dengan lengkap "LAILAHAILALLAH".

:)

01 November 2011

The Other Side of Rudiey Sepet

Assalamualaikum Wbt....

Jun, Julai, Ogos, September, Oktober and here comes NOVEMBER. Sudah tiba masanya tuk move forward and never looking back at yesterday (i guess). Banyak perkara yang dah saya lalui. Dan semua tu mengajar saya untuk lebih berhati-hati. (Betul ke dah belajar?) 

Hidup ni penuh dengan ujian. Every single of my movement, ALLAH sentiasa menguji. Gagal, tertinggal, tersisih, terpinggir or dipinggirkan. Semuanya saya pernah rasai. Apabila saya cuba buka pintu tuk kali kedua saya masih terluka.

Dan apabila saya terpaksa melepas sesuatu yang amat saya sayangi. It doesn't mean saya NAK perkara tu berlaku. Yes, I did it on purpose. TAPI semua tu bersebab. Kadang-kadang kita tidak boleh terikut kata hati sendiri. Kerana bila saya ikut apa hati saya nak, saya akan terluka.

Sebaliknya berlaku apabila saya ikut apa yang saya fikirkan terbaik. Tapi dalam waktu yang sama, saya akan rasa KESEORANGAN. Jalan/lorong yang mana harus saya pilih ? 

Mungkin ini masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri saya sendiri. Perbaiki diri. Perbetulkan apa yang salah dan biarkan yang betul menjadi satu rutin yang baru. 

Fokus untuk jadi yang terbaik, sebaik yang mungkin tapi bukan terlalu sempurna. Tak mungkin saya bisa jadi sempurna. Saya hanya seorang wanita biasa. (Wanitakah aku ? HAHA)

BTW, tuk semua kawan-kawan yang selalu menyokong saya. Rudy akan publish KOMIK saya pada masa akan datang. Doakan saya ya ? 

Terima kasih kepada kawan-kawan dan "pak cik" yang masih ada bersama saya. (Even bagi pak cik this is nothing).

Saya hargai semuanya. Terima kasih.


29 October 2011

That I Would Be Good


that I would be GOOD even if I did NOTHING
that I would be GOOD even if I got the THUMBS DOWN
that I would be GOOD if I got and stayed SICK
that I would be GOOD even if I GAINED 10 POUNDS

that I would be FINE even if I went BANKRUPT
that I would be GOOD if I LOST MY HAIR AND MY YOUTH
that I would be GREAT if I was no longer QUEEN
that I would be GRAND if I was NOT all KNOWING

that I would be LOVED even when I NUMB MYSELF
that I would be GOOD even when I am OVERWHELMED
that I would be LOVED even when I was FUMING
that I would be GOOD even if I was CLINGY

that I would be GOOD even if I LOST SANITY
that I would be GOOD whether WITH or WITHOUT YOU

27 August 2011

Goodbye

Goodbye....
Goodbye....
GOODBYE....
GOODBYE.....
Goodbye my LOVE.
I can't hide what has come.
Goodbye brown eyes.
Goodbye for now.
Goodbye sunshine.
Take care of yourself.
I have to go and leave you alone.
But always know, always know that I LOVE YOU SO.
I LOVE YOU SO....
I LOVE YOU SO....
I LOVE YOU SO..... 

03 August 2011

Take Me Away


Hari ni, boss takde kat opis, so ape lagi kitorang semua kalut duk pot pet pot pet bercerita..tp bukan mengumpat okeh ! Nak tahu ape yang kitorang kongsi ? Our LOVE STORY...Macam-macam cerita, yang ni cam citer Kuch Kuch Hota Hai, yang sorang lagi citer cam Dil To Pagal Hai, yang sorang lagi citer cinta cam dalam Telenovela - Marimar. Hahaha. Semuanya ada pengalaman yang berbeza. Happy + Sedih + Benci semuanya bercampur menjadi satu.

Oh cinta itu memang buta tapi yang sebenarnya cinta itu anugerah Tuhan, tapi ianya dikejami oleh manusia sendiri kan ?

Cinta tak semestinya memiliki, tak kira betapa besar pon harapan korang tuk bersama si dia, jika sudah tertulis korang n dia takkan bersama, takde sape pon boleh ubah takdir tu...

Kadang-kadang kita terpaksa telan n terima melihat die berbahagia dengan insan lain. Dengan pilihan hati dia. Memang la sakit, tapi ape boleh kita buat kan ? Dah memang itu takdir kita, takdir si dia.

Cinta pon pandai main hide and seek. Kadang-kadang kita terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti, walhal cinta tu dah memang ade sekeliling kita...

Kita sendiri yang biarkan kita merana (kot) kalu still berharap pada someone yang dah memang terang-terang takkan jadi milik kita....

Dan mungkin juga, ada di antara kita yang sedar dia menyintai seseorang itu only after that person gone.

Haiii.. cinta cinta cinta... Kadang-kadang aku terpikir, kenapa manusia dianugerahkan "perasaan" ?

Korang amat bertuah if uols tak pernah dicurangi, ditinggalkan.

Dan YES, aku cemburu dengan "anugerah" seperti itu.

Orang sekeliling boleh je cakap "alaa ape susah cari je la yang lain, kumbang/bunga bukan seekor/sekuntum"
or maybe certain people would says "ala rileks la, maybe sekarang ni u blom jumpe lagi lelaki'perempuan yang terbaik tuk u"
or, "u deserved dapat yang lebih baik la"

YES, memang senang je nak cakap. But the PAIN yang terpahat kat dalam ni pecite ? Mane nak taruk ? Kalo bole buang n be vanished by using Vanish, mesti ramai dah buat cam tu kan ??

Guys, ekceli, its not that EASY la.

Cinta itu bisa membunuh orang, bisa buat kita down giler2 kalu tak pandai kontrol, kalo kite terlalu ikut perasaan. Cinta bisa buat manusia menjadi sekejam-kejam manusia juga.

So, ape sebenarnya cinta ? Hati manusia boleh berubah bila-bila masa saja. Mungkin hari ni dia kata sayang tapi tak mustahil dia boleh kata camni "maaf, saya dah takde hati kat awak, saya truskan hubungan ni pun sebab saya kasihan kan awak"

Gulp ! Sadis sungguh !

Cinta yang suci pernah wujud. Aku suka kisah cinta Nabi Yusoff dan Zulaikha. Zulaikha ekceli mak angkat Nabi kita. Zulaikha adalah seorang wanita yang amat jelita+vogue gitu. Jatuh cinta pada ketampanan Nabi Yisof sampai sanggup membuat fitnah kononya Nabi Yusof goda dia sewaktu suaminya tiada di rumah. Sampai dia sanggup koyak-koyakkan baju dia sendiri.

Namun cinta Zulaikha amat besar terhadap Nabi Yusof, beliau selalu berdoa supaya dia berpeluang untuk mencintai Nabi Yusof. Memohon kepada Yang Maha Besar lagi Maha Esa untuk bersama Nabi Yusof.
Pada suatu hari, Zulaikha (dah tua amat time ni) terserempak dengan Nabi Yusof. Nabi Yusof dah dewasa dan memiliki wajah yang teramat tampan.

Zulaikha memohon supaya dia diberikan peluang untuk bersama Nabi Yusof. Lalu dengan izin dan rahmat dariNYA, Zulaikha bertukar menjadi seorang wanita muda yang cantik jelita. Nabi Yusof akhirnya memperisterikan beliau.

Hurm lame kot die tunggu tuk cinta tu kan ? Ok, itu kisah Nabi, ni citer sal mak sedara aku lak. Sorang laki dekat dengan umah nenek aku. Mase muda-muda dulu die selalu usha aunty aku. Macam-macam cara die buat tuk amek aty nenek n atok aku. Kalo ade kenduri ke pape ke memang die selalu datang umah tolong ape yang patot. Tapi die ni pemalu ya amat. Die tak pernah luahkan perasaan suka die kat mak sedare aku. Then, akhirnya mak sedare aku kawen ngan orang lain. Yang aku sebok duk taip citer pasal die ni coz sampai sekarang die tak kawen sebab still cintakan mak sedare aku. (T.T) Haaa kan dah melepas. Mak sedare aku dah ade 4 orang nak da sekarang ni, tapi die still tunggu ??? Hurm, ntah la. So the moral of the story is, kalo korang suka kan seseorang, adalah lebih baik luahkan dari pendam. But HOW ? Aku pon tak tahu. Usahalah sendiri. Kalo tak usaha macam mana nak dapat ??

Suka ? Cinta ? Kagum ? Selesa ? Hurm same kah semua tu ? Mestilah tak kan ? Tapi mungkin juga kita rase semua nya sekali dalam satu masa yang sama. :)

i HEART her dress. Simple :)


they are so in LOVE. semoga bahagia ke anak cucu :) insyaALLAH

:)


In conclusion, CINTA ITU RUMIT TAPI PENUH DENGAN WARNA-WARNI :)

04 May 2011

Happy Mother's Day

Beberapa hari lagi, hari ini akan tibe. Dari korang duk sebok sambut befday boifren/girlfren korang, lebih bek ingat hari istimewa ni. Seorang wanita yang banyak berkorban untuk kita. Seorang wanita yang mampu memberi senyuman ketika hatinya sangat-sangat sakit. Korang ingat tak camne perasaan seorang ibu itu ketika melihat bayi kecil comel cam korang semua ni lahir ke dunia.

Ibu-ibu yang buang anak tu semua, saya yakin, naluri kewanitaannya tetap ada. Ada perasaan sayu, sedih, gembira. Namun, apakan daya, kadang2 mereka lemah untuk menghadapi tomahan orang sekeliling, takut menghadapi hari-hari akan datang. Ya, saya yakin mereka sebenarnya takot. Lagi-lagi lelaki yang sepatutnya protect dorang tinggal dorang sorang-sorang. Then takmo tanggung dose same-same. Tahu nak larikan diri je. SH*T ! Mulut rase hebat sangat labelkan perempuan ni BETINA. Habis engko tu sape ha JANTAN ??!! Ko lupe ea ko pon dilahirkan oleh seorang PEREMPUAN YG KO PANGGIL BETINA ? Ok. Takmo emo emo dah.

Entry kali ni saye nak tanya. Dalam satu hari berapa kali anda meminta maaf dengan Ibu/Mama/Bonda/Mummy/Mak ?? Rudy dulu pon jarang gak mintak maaf. Boleh bilang dengan jari kot. Tapi sekarang, Rudy belajar, sebelom tidur, tiap2 malam, Rudy salam, kucup pipi ibunda dan meminta maaf. Tak susah pon kan ? Kalo susah pon, yang constraint korang tu adalah EGO ! Kalo dihitung dosa kita pada ibu, mungkin tak cukup dengan memohon maaf setiap hari. Biase lah kan. Lidah tak bertulang, mulut pon kalo nak gerak, men cakap je. Kadang-kadang terkeluar perkataan yang menyakitkan hati dia, dan kita tak sedar. Korang perasan tak ? Mesti tak kan ? Lagi-lagi kalo korang ada seorang ibu yang sensitif.

Rudy teringat pesan ustaz, " Kalo korang tengah solat, then tibe-tibe ibu anda panggil, Korang harus berhenti solat dan pergi kepada ibu anda. Tapi ini harus sekiranya ibu anda seorang yang sensitif. "

Ayat yang korang selalu berikan pada ibu
 " oloh la "
 " erm meta lagi la "
 " ala mak ni "
btol tak btol tak ?
semua tu ayat-ayat seorang anak derhaka taw ! Gulpp ! *terasa*

Rudy ada satu kisah yang ingin dikongsi. Seorang hamba ALLAH. Seorang lelaki yang kehilangan ibunya. Saya namakan dia Ali (bukan nama sebenar)

Aku seorang yang agak pendiam. Ibu selalu cakap aku ni sorang budak yang passive. Aku mungkin juga boleh dilabelkan sebagai budak yang kurang perasaan prihatin. Setiap kali Ibu cakap " Ibu sayang sangat kat anak ibu ni,  Ali sayang ibu tak ? " Seperti kebiasaanya, aku hanya membatu kan diri dan biar kan soalan itu tanpa jawapan. Ya, aku memang tak pernah ucap sayang pada ibu kot. Sewaktu aku berusia 5 tahun, Ibu jatuh sakit. Ibu kena stay dalam wad selama seminggu. Waktu ibu terlantar sakit, Ibu peluk tubuhku, sambil menangis ibu berkata " Sayang ibu, doakan ibu cepat sembuh ya ? " Aku menangis tapi aku tak tahu apa itu sakit. Dan aku tak mengerti kenapa ibu terlantar kat atas katil ni. Aku hanya diam melihat ibu menangis. Aku masih ingat ibu menangis teresak-esak sewaktu die peluk aku. Bile aku dah mula  pakai uniform sekolah, ibu selalu sediakan bekal untuk aku. Makanan yang ibu buat, memang  super banyak. Semua keperluan yang patut aku makan pasti ibu sediakan ! Memang kenyang tahap maksima ! Tapi aku jenis tak mesra, tak pernah cakap TERIMA KASIH, IBU. Aku tak pernah puji masakan ibu sedap ke, enak ke, marvelous ke. Tak pernah ! Ya ! Aku memang jenis anak yang hati beku cam batu. Bila dah beso, aku dapat sambong blaja kat salah satu Universiti kat China. Bile dah blaja idup sendiri ni aku blaja masak sendiri. Kadang-kadang tapau je dari kedai. Ye la, orang laki bujang. Biase lah kan ? Kadang-kadang perasaan teringat kat ibu menerjah. Aku ade ugak rase rindu pada masakan ibu. Terngiang-ngiang suara ibu " Eyh, anak ibu dah balik ?  Anak ibu dah makan ? " Terbayang wajah ibu yang yang tersenyum manis menyambut aku pulang. Ya ! Semua itu aku ingat. Tapi aku tak tahu camne nak luahkan semua tu kat Ibu. Aku ade jugak kol die kadang-kadang. Macam biase lah, wanita ni memang sinonim ngan airmata. Bila dengar je suara aku, ibu terus nangis-nangis cakap rindu kat aku. Aku pun menangis jugak. Tapi aku tahan semua tu. Aku ni lelaki, tak macho la kalo menangis kan ? Bila ibu tanya " Ali tak ingat ibu ke ? " Aku paham soalan tu, ibu mengharapkan aku cakap aku rindukan die. Tapi aku selalu jawab, " Ala ibu ni " Then aku cepat-cepat nak letak fon. Siyesly, aku sebenarnya dah takleh kawal nada suara aku. Aku khuatir ibu perasan aku sedih ! Aku tak nak dia pk gitu. Habis je blaja, aku tros ditawarkan kerja kat Malaysia. Jauh dari rumah keluarga. Sekali lagi aku terpakse berpisah dengan ibu. Macam biase, rutin aku, even kat Malaysia aku jarang balik umah jenguk mak. Aku sendiri pon tak tahu kenapa. Aku rase cam lelaki manje plak bile mak manje-manje kan aku. Ish ! Rimas lah. Makin lama, usia makin meningkat. Ibu pon semakin berusia. Akan sampai juga satu masa, ibu pergi meninggalkan semua. Dan MENIGGALKAN AKU !!! "IBUUUU !!!! SAYA SAYANG IBU !!!! IBU DENGAR TAK !!!!" Aku betul-betul menyesal kerana tak pernah cakap "ALI SAYANG SANGAT-SANGAT KAT IBU ! ALI RINDU IBU ! " Aku menyesal..... Pada hari kebumian ibu, sepanjang hari aku memandang ke langit. Walaupon aku pandang ke atas, airmata aku terburai jugak. Sekarang, sumpah aku cakap. Tiap-tiap malam aku menangis teringatkan ibu. Aku rindu masakan ibu, aku rindu nak dengar suara ibu. Ibu, Ali mintak maaf ibu. Ali tahu Ali selalu dingin. Maafkan Ali, ibu. 
Kawan-kawan,  Rudy harap kisah ni boleh jadi teladan tuk semua. Bukan susah sangat pon nak cakap sayang kan ? Kalo tuk BF/GF tiap2 korang ucap kan ?? Oooopss.. Kadang-kadang perlu jugak kita ketepikan BF/GF kite. heheheh. And UTAMAKAN PARENTS kite. Tak rugi pom. Setitik airmata ibu jatuh kerana sedih atas perbuatan kita, belum tentu dengan sekali ucapan maaf hidup korang boleh berkat. :)

MAMA, I LOVE YOU :'(
and Please forgive me

Lotsa Love,
RUDILLIAHASLIZA

02 May 2011

Tanda-tanda Si Dia dah TAK SUKA

1 - Korang call die berkali-kali tapi die tak angkat. Bila korang tanya " Kenapa sayang tak angkat fon tadi? "
Dengan selamba dia jawab " Oh...tak perasan la tadi " 
Bengang kan ?

2 - Dulu : "Sayang" , " Baby " ,  " Honey " dan pelbagai panggilan yang khas tuk orang terspesel la konon.
Then, ntah kenapa tibe-tibe semua tu dah bertukar dengan hanya berbahasa " saya " and " awak "

3 - Mesej hantor 2 3 kali baru nak reply

4 - Mesej yang di-reply-kan pon. Mak aih, malas bebenor die nak balas kot. Kadang tu cam tak tahu nak cakap ape, die hantar "hahaha..." tak pom "huhuhu..."
Haih, pedihnye hati !!!

5 - Bila ajak dating....
"Sory la awak, hari ni saya bz sangat..."
padahal die lepok kat umoh jerk

6 - Ya ! Ia sangat-sangat-sangat menyedihkan ! Die dah lupe befday kite :( Uwwaaa

7 - Kalo ajak berborak, cam cakap ngan kerusi je taw ! Ye la, dah die pom cam nak tak nak je layan kite kan ?
Cerita yang kite cite sekarang pom dah tak menarik cam dulu2 lagi da. Kalo dulu, kite cakap kite dah berak tadi pom die dah nampak epy. Haish...

8 - Dulu bila kite nak bermanja-manjaan ngan die sikit, sekali kite bagi 3x dia balas taw ? 
Sekarang ? 
" Ish, awak ni. Apahal ? "
" Jangan wat perangai cam budak-budak boleh tak ? "
uuuwwaaa terkesot hati waa taw ?

9 - Pendek kata, semua benda yang kite buat, semuanye tak kena

10 - Time dating, korang mesti teruja kan ? concern sangat sal penampilan korang kan ? (errr, ni depends pada individu, sesetengah orang tak kesa sangat pom benda2 camni)
kalo dulu selalu ugok la dapat pujian
"wow ! ensem/cantiknye awak hari ni"
dengan muka smiling eyes die yang bisa bikin jantung ku dug dag dug dag :P

Well, semua ni based on true story. Pengalaman kawan-kawan Rudy. Ye, 9/10 list di atas Rudy pernah rase sendiri. Honestly, SAKIT ! 

Kesakitan bertambah bila aku tanya " Awak ni still nak bersama saya or tak ? "
Nak taw die jawab ape ? " Awak jangan tanya soalan pelik camni boleyh tak ? "
Huh ! Memang terhiris la dengan jawapan die. 

Kesakitan tu then di simbah plak ngan asid pekat.
Bila kite terpakse tunggu mase untuk si dia betol-betol berubah.
So, jangan buang msa dengan orang macam ni.
Kang makin naik rate rakyat Malaysia kena heart attack :P

19 April 2011

::Bila Masa Berlalu Pergi Dengan Pantas::


*lukisan tuk task adek aku*

haih sayang rasenye nk bagi kat dorang :)
time lukis pixche ni, memang aku rase rindu sgt kat masa lalu.
kena kejar ngan cikgu disiplin (yeah,aku budak nakal tapi dalam hati ada taman bunga orkid)
lepak kat library (aku p tidow je)
teman kawan aku dating kat tangga (aku takde orang nok, so jadi peneman jela)

kawan2, aku sangat rindu saat2 ni
kite nangis same2 bile kite nak berpisah
kite jatoh moto same2 kat depan paga sekola

kadang2 kite tersalah paham,
terlancur kate2 yang tak best di dengar dek tinge
tapi dengan cepat kite memaafkan
haih, rinduwwww!!!

sekarang semua dah beso,
doh nak kawen da semua,
uuuwwwaaaa
T-T

::The Unspoken::


sometimes,
when it comes through here,
what am i supposed to do?


should i just let it go,
and flying away ?



or,
maybe,
i should be waiting here till the end of time?
although i strongly believed
he will never ever look back?

*all sketches drawn by Rudiey Sepet 3 years ago*



13 April 2011

Hingga Ujung Waktu

[chorus]

Akhirnya aku menemukanmu,
Saatku bergelut dengan waktu
Beruntung aku menemukanmu
Jangan pernah berhenti, memilikiku
Hingga ujung waktu

***

Jika kau menjadi istriku nanti
pahami aku, saat menangis
Saat kau menjadi istriku nanti
jangan pernah berhenti, memilikiku
hingga ujung waktu

by : Sheila on 7

***
Why me ?
(pencil Faber-Castell,6B)
hold it tight
(pencil Faber-Castell 6B)

Pendampingku kelak,
Jangan tinggalkan aku saat aku bersedih.
Sentiasa bersama
Jangan lepaskan tanganku saat aku menggigil
Pegang erat tangan ini

pendampingku, dengarlah
(pencil Faber-Castell, 2B and 6B)

Pendampingku kelak,
Ajarkan aku akhlak yang mulia
Tunjukkan jalan yang direhai-NYA

Pendampingku kelak,
Aku bukan semulia Siti Khadijah
Aku tidak secantik Zulaikha
Aku juga bukan seperti Aisyah

Pendampingku kelak,
Maafkan aku sekiranya aku tidak sempurna
Maafkan aku sekiranya aku banyak buat engkau terluka
Kerana aku hanya lah insan biasa
Yang juga tidak dapat menghindari diri dari dosa

Pendampingku kelak,
Aku bisa menjadi terlalu cemburu
aku juga bisa bertindak melulu
maka dengan itu,
bimbinglah aku
jujurlah padaku

promise me
(pencil Faber-Castell, 2B and 6B)
Pendampingku kelak,
Pandang saja wajah ini dengan rasa sayang yang ada dalam dirimu
Cintai aku dengan ketulusan yang ada dalam jiwamu

Pendampingku kelak,
Ini janjiku
Aku takkan pernah berhenti untuk hidup bersama insan sepertimu
(insyaALLAH)
Terima kasih kerana ingin bersamaku

:)

a touch
(pencil Faber-Castell, 4B and 6B)




09 April 2011

Si Purple Lavender

i am small and the world is big
i walk thousands miles, everyday
i tried to not looking back at yesterday
i try to run as fast as i can
as far as i could
but, no matter how hard i try
u r always there
like a shadow of mine

this little lavender
never grow up
never blossom like a rose flower
try to blew my thoughts away
keep me reminds of you

it's too hard to breathe
and yes
it cut me so deep
so deep

i bet she's perfect
the one and only
that he loved
like he'd never been in love before

dear little lavender
does he knows 
he's the one that i think about at night ?

she better hold him tight
love him well
and never say goodbye
because
i know
i knew
she is the one for him

:)

06 March 2011

Bila tekak tibe-tibe rase saket...

Bile tekak tibe2 je rase sakit, susah nk telan air liur, itu tandanye hati korang rase pedih.
Badan kaku, tangan dan kaki terase sejok sangat. Mate tibe-tibe berair dan kaki anda seakan2 tak mampu berdiri. Terketar-ketar. Pernah tak kawan rase begitu ?

***

Wahai kawan ku, begitu lah keadaan ku tika terhiris luka . Saat air mate ku ingin jatuh mengalir, aku akan paksa bibir ini membentuk sebuah senyuman. Sebuah senyuman yang mungkin terpahit dan terburuk sekali. Saat aku paksa bibir ini senyum, nadi ku seakan-akan berhenti berdenyut, otak ku kosong dan gelap. Namun, aku mesti senyum dengan semua kudrat yang aku ada. Aku tidak pandai berkongsi. Dan aku tidak tahu pada siapa aku boleh kongsi. Adakah seseorang yang benar2 memahami ? Aku tidak yakin. Aku biar saja ia terpendam di sini.

***

Dalam hati kecilku. Pintunya sentiasa terkunci. Aku sendiri tidak tahu macam mane mahu bukak pintu kecil ini. Saat hati ku berasa pedih, aku akan hantar sms yang akan buat dia rase gembira dan tersenyum. Even tak delivered, aku buat2 tataw saja. Aku biar sms itu pending selamanya. Aku tahu mesej itu takkan berbalas.  

***

Tapi itu saja yang aku mampu. Itu saja. Saat aku terduduk kaku di atas sejadah, aku menadah tangan ku ini, "YA ALLAH" itu perkataan pertama. "YA ALLAH YA TUHANKU". Saat ini kolam mataku sudah pecah. Terburai jua apa yang terbuku dalam hati. Hanya pada DIA aku mampu luahkan segalaNYA. Aku seorang manusia yang selalu alpa. Selalu lupa bahawa aku masih ada DIA. Lupa DIA yang Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Segala-galanya.

***

Kekosongan dalam hati ini seakan-akan terisi bila aku mendekati DIA. Terlalu kerdilnya aku, kotor dan hina. Mampukah aku untuk mendapat kasih sayang dari-NYA ? Seperti mana ALLAH menerima taubat isterinya Nabi Yusuf a.s. , Zulaikha (Futhifar) ? Itu isterinya Nabi ALLAH. Aku ni sape ? Layak ke dapat semua itu ?

***

YA ALLAH. Ya, aku lupa, aku kene kuat dan kental. ALLAH Maha Pengampun. Ya ALLAH, tolonglah hamba-MU yang hina ini. Ampunilah aku. Tu lah ayat yang kita selalu gune. Tapi sejauh mana erti nak bertaubat kite ni? Betol-betol nak berubah ke ? Atau untuk hari ni saja ? Tetap lah iman dalam dada ku. Wujud lah perasaan cinta akan agama-MU dalam hatiku. Mungkin ayatnye perlu di ubah. Baru boleh berubah ?

Sama-sama lah kite renungkan. Ambik sedikit masa untuk pikir semua ni. Ya, kawan2 ?

05 March 2011

Baru aku tahu...

Perempuan tu cukup istimewa. Kalo di bandingkan dengan aku. Perempuan itu bisa buat die tersenyum bangga, jika di bandingkan dengan aku. Perempuan itu terlalu baik jika di bandingkan dengan aku. Perempuan itu segala-galanya untuk dia. Walau sekuat mana aku berlari mengejar dia, dia takkan berpaling pada aku. Kini, hati aku lega, kerana Allah telah ciptakan seorang perempuan seindah dia. Semoga perempuan itu tidak pernah melukai dia. Kerana aku ingin mereka berdua bahagia selamanya. Hingga ke alam syurga. Selamat tinggal cinta. :)