Ibu-ibu yang buang anak tu semua, saya yakin, naluri kewanitaannya tetap ada. Ada perasaan sayu, sedih, gembira. Namun, apakan daya, kadang2 mereka lemah untuk menghadapi tomahan orang sekeliling, takut menghadapi hari-hari akan datang. Ya, saya yakin mereka sebenarnya takot. Lagi-lagi lelaki yang sepatutnya protect dorang tinggal dorang sorang-sorang. Then takmo tanggung dose same-same. Tahu nak larikan diri je. SH*T ! Mulut rase hebat sangat labelkan perempuan ni BETINA. Habis engko tu sape ha JANTAN ??!! Ko lupe ea ko pon dilahirkan oleh seorang PEREMPUAN YG KO PANGGIL BETINA ? Ok. Takmo emo emo dah.
Entry kali ni saye nak tanya. Dalam satu hari berapa kali anda meminta maaf dengan Ibu/Mama/Bonda/Mummy/Mak ?? Rudy dulu pon jarang gak mintak maaf. Boleh bilang dengan jari kot. Tapi sekarang, Rudy belajar, sebelom tidur, tiap2 malam, Rudy salam, kucup pipi ibunda dan meminta maaf. Tak susah pon kan ? Kalo susah pon, yang constraint korang tu adalah EGO ! Kalo dihitung dosa kita pada ibu, mungkin tak cukup dengan memohon maaf setiap hari. Biase lah kan. Lidah tak bertulang, mulut pon kalo nak gerak, men cakap je. Kadang-kadang terkeluar perkataan yang menyakitkan hati dia, dan kita tak sedar. Korang perasan tak ? Mesti tak kan ? Lagi-lagi kalo korang ada seorang ibu yang sensitif.
Rudy teringat pesan ustaz, " Kalo korang tengah solat, then tibe-tibe ibu anda panggil, Korang harus berhenti solat dan pergi kepada ibu anda. Tapi ini harus sekiranya ibu anda seorang yang sensitif. "
Ayat yang korang selalu berikan pada ibu
" oloh la "
" erm meta lagi la "
" ala mak ni "
btol tak btol tak ?
semua tu ayat-ayat seorang anak derhaka taw ! Gulpp ! *terasa*
Aku seorang yang agak pendiam. Ibu selalu cakap aku ni sorang budak yang passive. Aku mungkin juga boleh dilabelkan sebagai budak yang kurang perasaan prihatin. Setiap kali Ibu cakap " Ibu sayang sangat kat anak ibu ni, Ali sayang ibu tak ? " Seperti kebiasaanya, aku hanya membatu kan diri dan biar kan soalan itu tanpa jawapan. Ya, aku memang tak pernah ucap sayang pada ibu kot. Sewaktu aku berusia 5 tahun, Ibu jatuh sakit. Ibu kena stay dalam wad selama seminggu. Waktu ibu terlantar sakit, Ibu peluk tubuhku, sambil menangis ibu berkata " Sayang ibu, doakan ibu cepat sembuh ya ? " Aku menangis tapi aku tak tahu apa itu sakit. Dan aku tak mengerti kenapa ibu terlantar kat atas katil ni. Aku hanya diam melihat ibu menangis. Aku masih ingat ibu menangis teresak-esak sewaktu die peluk aku. Bile aku dah mula pakai uniform sekolah, ibu selalu sediakan bekal untuk aku. Makanan yang ibu buat, memang super banyak. Semua keperluan yang patut aku makan pasti ibu sediakan ! Memang kenyang tahap maksima ! Tapi aku jenis tak mesra, tak pernah cakap TERIMA KASIH, IBU. Aku tak pernah puji masakan ibu sedap ke, enak ke, marvelous ke. Tak pernah ! Ya ! Aku memang jenis anak yang hati beku cam batu. Bila dah beso, aku dapat sambong blaja kat salah satu Universiti kat China. Bile dah blaja idup sendiri ni aku blaja masak sendiri. Kadang-kadang tapau je dari kedai. Ye la, orang laki bujang. Biase lah kan ? Kadang-kadang perasaan teringat kat ibu menerjah. Aku ade ugak rase rindu pada masakan ibu. Terngiang-ngiang suara ibu " Eyh, anak ibu dah balik ? Anak ibu dah makan ? " Terbayang wajah ibu yang yang tersenyum manis menyambut aku pulang. Ya ! Semua itu aku ingat. Tapi aku tak tahu camne nak luahkan semua tu kat Ibu. Aku ade jugak kol die kadang-kadang. Macam biase lah, wanita ni memang sinonim ngan airmata. Bila dengar je suara aku, ibu terus nangis-nangis cakap rindu kat aku. Aku pun menangis jugak. Tapi aku tahan semua tu. Aku ni lelaki, tak macho la kalo menangis kan ? Bila ibu tanya " Ali tak ingat ibu ke ? " Aku paham soalan tu, ibu mengharapkan aku cakap aku rindukan die. Tapi aku selalu jawab, " Ala ibu ni " Then aku cepat-cepat nak letak fon. Siyesly, aku sebenarnya dah takleh kawal nada suara aku. Aku khuatir ibu perasan aku sedih ! Aku tak nak dia pk gitu. Habis je blaja, aku tros ditawarkan kerja kat Malaysia. Jauh dari rumah keluarga. Sekali lagi aku terpakse berpisah dengan ibu. Macam biase, rutin aku, even kat Malaysia aku jarang balik umah jenguk mak. Aku sendiri pon tak tahu kenapa. Aku rase cam lelaki manje plak bile mak manje-manje kan aku. Ish ! Rimas lah. Makin lama, usia makin meningkat. Ibu pon semakin berusia. Akan sampai juga satu masa, ibu pergi meninggalkan semua. Dan MENIGGALKAN AKU !!! "IBUUUU !!!! SAYA SAYANG IBU !!!! IBU DENGAR TAK !!!!" Aku betul-betul menyesal kerana tak pernah cakap "ALI SAYANG SANGAT-SANGAT KAT IBU ! ALI RINDU IBU ! " Aku menyesal..... Pada hari kebumian ibu, sepanjang hari aku memandang ke langit. Walaupon aku pandang ke atas, airmata aku terburai jugak. Sekarang, sumpah aku cakap. Tiap-tiap malam aku menangis teringatkan ibu. Aku rindu masakan ibu, aku rindu nak dengar suara ibu. Ibu, Ali mintak maaf ibu. Ali tahu Ali selalu dingin. Maafkan Ali, ibu.Kawan-kawan, Rudy harap kisah ni boleh jadi teladan tuk semua. Bukan susah sangat pon nak cakap sayang kan ? Kalo tuk BF/GF tiap2 korang ucap kan ?? Oooopss.. Kadang-kadang perlu jugak kita ketepikan BF/GF kite. heheheh. And UTAMAKAN PARENTS kite. Tak rugi pom. Setitik airmata ibu jatuh kerana sedih atas perbuatan kita, belum tentu dengan sekali ucapan maaf hidup korang boleh berkat. :)
MAMA, I LOVE YOU :'(
and Please forgive me
Lotsa Love,
RUDILLIAHASLIZA
No comments:
Post a Comment