06 March 2011

Bila tekak tibe-tibe rase saket...

Bile tekak tibe2 je rase sakit, susah nk telan air liur, itu tandanye hati korang rase pedih.
Badan kaku, tangan dan kaki terase sejok sangat. Mate tibe-tibe berair dan kaki anda seakan2 tak mampu berdiri. Terketar-ketar. Pernah tak kawan rase begitu ?

***

Wahai kawan ku, begitu lah keadaan ku tika terhiris luka . Saat air mate ku ingin jatuh mengalir, aku akan paksa bibir ini membentuk sebuah senyuman. Sebuah senyuman yang mungkin terpahit dan terburuk sekali. Saat aku paksa bibir ini senyum, nadi ku seakan-akan berhenti berdenyut, otak ku kosong dan gelap. Namun, aku mesti senyum dengan semua kudrat yang aku ada. Aku tidak pandai berkongsi. Dan aku tidak tahu pada siapa aku boleh kongsi. Adakah seseorang yang benar2 memahami ? Aku tidak yakin. Aku biar saja ia terpendam di sini.

***

Dalam hati kecilku. Pintunya sentiasa terkunci. Aku sendiri tidak tahu macam mane mahu bukak pintu kecil ini. Saat hati ku berasa pedih, aku akan hantar sms yang akan buat dia rase gembira dan tersenyum. Even tak delivered, aku buat2 tataw saja. Aku biar sms itu pending selamanya. Aku tahu mesej itu takkan berbalas.  

***

Tapi itu saja yang aku mampu. Itu saja. Saat aku terduduk kaku di atas sejadah, aku menadah tangan ku ini, "YA ALLAH" itu perkataan pertama. "YA ALLAH YA TUHANKU". Saat ini kolam mataku sudah pecah. Terburai jua apa yang terbuku dalam hati. Hanya pada DIA aku mampu luahkan segalaNYA. Aku seorang manusia yang selalu alpa. Selalu lupa bahawa aku masih ada DIA. Lupa DIA yang Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Segala-galanya.

***

Kekosongan dalam hati ini seakan-akan terisi bila aku mendekati DIA. Terlalu kerdilnya aku, kotor dan hina. Mampukah aku untuk mendapat kasih sayang dari-NYA ? Seperti mana ALLAH menerima taubat isterinya Nabi Yusuf a.s. , Zulaikha (Futhifar) ? Itu isterinya Nabi ALLAH. Aku ni sape ? Layak ke dapat semua itu ?

***

YA ALLAH. Ya, aku lupa, aku kene kuat dan kental. ALLAH Maha Pengampun. Ya ALLAH, tolonglah hamba-MU yang hina ini. Ampunilah aku. Tu lah ayat yang kita selalu gune. Tapi sejauh mana erti nak bertaubat kite ni? Betol-betol nak berubah ke ? Atau untuk hari ni saja ? Tetap lah iman dalam dada ku. Wujud lah perasaan cinta akan agama-MU dalam hatiku. Mungkin ayatnye perlu di ubah. Baru boleh berubah ?

Sama-sama lah kite renungkan. Ambik sedikit masa untuk pikir semua ni. Ya, kawan2 ?

No comments: