Assalamualaikum Wbt....
Jun, Julai, Ogos, September, Oktober and here comes NOVEMBER. Sudah tiba masanya tuk move forward and never looking back at yesterday (i guess). Banyak perkara yang dah saya lalui. Dan semua tu mengajar saya untuk lebih berhati-hati. (Betul ke dah belajar?)
Hidup ni penuh dengan ujian. Every single of my movement, ALLAH sentiasa menguji. Gagal, tertinggal, tersisih, terpinggir or dipinggirkan. Semuanya saya pernah rasai. Apabila saya cuba buka pintu tuk kali kedua saya masih terluka.
Dan apabila saya terpaksa melepas sesuatu yang amat saya sayangi. It doesn't mean saya NAK perkara tu berlaku. Yes, I did it on purpose. TAPI semua tu bersebab. Kadang-kadang kita tidak boleh terikut kata hati sendiri. Kerana bila saya ikut apa hati saya nak, saya akan terluka.
Sebaliknya berlaku apabila saya ikut apa yang saya fikirkan terbaik. Tapi dalam waktu yang sama, saya akan rasa KESEORANGAN. Jalan/lorong yang mana harus saya pilih ?
Mungkin ini masa yang terbaik untuk saya muhasabah diri saya sendiri. Perbaiki diri. Perbetulkan apa yang salah dan biarkan yang betul menjadi satu rutin yang baru.
Fokus untuk jadi yang terbaik, sebaik yang mungkin tapi bukan terlalu sempurna. Tak mungkin saya bisa jadi sempurna. Saya hanya seorang wanita biasa. (Wanitakah aku ? HAHA)
BTW, tuk semua kawan-kawan yang selalu menyokong saya. Rudy akan publish KOMIK saya pada masa akan datang. Doakan saya ya ?
Terima kasih kepada kawan-kawan dan "pak cik" yang masih ada bersama saya. (Even bagi pak cik this is nothing).
Saya hargai semuanya. Terima kasih.


No comments:
Post a Comment