03 October 2011

Kegagalan

Assalamualaikum wbt....

"Hidup perlu diteruskan"

Setiap manusia pernah lalui kegagalan dalam hidup ni kan ? Kegagalan yang kecil, kegagalan yang amat besar. Semua kegagalan tu menyakitkan. Sedih dan kecewa. 

Gagal dalam karier. Gagal dalam pelajaran. Gagal dalam hubungan. Gagal menguruskan diri dengan baik. Gagal mencapai cita-cita. Gagal dalam cubaan memasak untuk kali pertama. Gagal dalam pertandingan. Gagal ! Gagal ! Gagal !

Selepas satu kegagalan kita mungkin akan gagal lagi. Pedih !  Patah hati ! Kita menangis untuk kegagalan tu.

Tapi pernah tak kita mencari KENAPA kita GAGAL ?
Punca sebuah kegagalan tu ?

Menangis sedih saja tidak cukup. 

"Menangislah apabila perlu, TAPI jangan lupa untuk BANGUN ! "

Kita mungkin gagal untuk percubaan pertama, atau mungkin untuk percubaan kedua. Namun, tak mustahil ada di antara kita yang perlu menghadapi kegagalan berulang-ulang kali sebelum mereka berjaya. 

"Kita hanya merancang, tapi DIA yang menentukan segala-galanya."

"Gagal itu tak semestinya pahit."

"Setiap kepahitan yang berlaku, pasti ada kemanisan hikmah yang tersembunyi."

"Jangan menyerah. "

12 September 2011

Sonnet

Assalamualaikum
Hey guys, setelah penat leher ku tunduk melukis dan mewarna gambar ini. Selama 3 jam aku spend masa tuk fulfill keinginan hati. Dan saya berasa PUAS yang amat. Setelah dikritik krutuk oleh mama, finally SIAP 100%.

My sumber inspirasi - Pak Cik Kaki Panjang. Pernah nyanyi lagu Sonnet by the Verve tuk saya. Mengigau + gila bayang aku dibuatnya. Heh !

Tadaa !

Title : Sonnet
full view
the umbrella
the hair
Sonnet by William Shakespeare 
" Shall I compare thee to a summer's day? 
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date: 
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd; 
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest: 
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee. "

the paraphrase....


"Shall I compare you to a summer's day?

You are more lovely and more constant:

Rough winds shake the beloved buds of May

And summer is far too short

At times the sun is too hot,

Or often goes behind the clouds;

And everything beautiful sometime will lose its beauty

By misfortune or by nature's planned out course.

But your youth shall not fade,

Nor will you lose the beauty that you possess;

Nor will death claim you for his own,

Because in my eternal verse you will live forever.

So long as there are people on this earth,

So long will this poem live on, making you immortal."


for your info, masih ade 154 sonnets yang ditulis oleh beliau. baaaanyok la. kenapa Sonnet 18 masuk dalam syllabus ? Sebab Sonnet 18 the most straightforward. Tak berputar belit compared with other sonnets. 
Mase skolah dulu, aku and the geng (girls only) memang suka sangat sonnet ni. Time cikgu lecture makna Sonnet 18 ni, mata bersinar2, jantung berdebor2. Lagi2 aku ada minat sama sorang budak dalam kelas :P
Jeng jeng jeng. 

Arigato (^.^)v






04 September 2011

Don't Need to Pretend

Don't Need to Pretend You Love Me

material used
Dah lame plan tuk lukis situasi macam ni. Akhhirnya, hari ini aku ada masa tuk diri sendiri. Dulu, xbf aku pernah tipu aku, curang dan tikam aku dari belakang. Kalau ikutkan hati, aku rasa cam nak LEMPANG je. Aku mungkin rasa puas hati kot kalo buat camtu. Tapi aku cepat2 mengucap tarik nafas panjang2. Kita kena terima sesuatu perkara tu dengan hati yang terbuka. Pasrah dan terima Qada' dan Qadar. Tak boleh ikut perasaan. Kena bertindak bijak kalau tak kamu akan menyesal. Jangan biarkan perasaan marah kawal corak pemikiran kita. Kerana perasaan marah mungkin juga akan mengundang bahaya tuk diri kita sendiri.

SABAR.

Percaya pada TUHAN.

ALLAH Maha Adil. 

(sila klik link di atas)


02 September 2011

I AM SINGLE VS I AM NOT SINGLE

Assalamualaikum....

Setiap malam, aku dapat tengok customer yang pelbagai ragam. Ada yang datang berdua, ada yang datang sorang. Ada yang datang bersama family members. Semua kelam kabut pilih tudung yang sedondong dengan kaler baju raya. :) Eppy jugak rasa biler tengok customer kite dapat apa yang dorang cari. :D

Ada insiden yang paling menyehtuh hati. Sepasang kapel ni, si lelaki fuyoooo ensem banget....perempuan tu boleh tahan la. Ok, sal rupe aku tak kisah sangat. Tengah syok pilih tudung kat kedai aku ni, aku perhatikan merpati sejoli ni. Memang lama gile la dorang discuss. Tengah syok discuss tu, si lelaki tu usap lembut dagu si perempuan. Mak aih...Prihatinnya lelaki tu. Dalam situasi camtu dia perasan ade something cam habuk melekat kat dagu perempuan tu. Lagi menyentuh hati, dorang tu dah 2 tahun kahwin and si perempuan tu tengah mengandung 4 bulan. Romantiknyaaaa !!!! Kyaa !!! 




**

I AM SINGLE

Apa yang best bile korang ni single ? 

1 - Aku bebas je nak kawan ngan sape2. Takde sape2 nak kongkong. Saya boleh je berkawan dengan lelaki. Tanpa perlu saya pikir untuk jaga hati si dia.

2 - Nak keluar jumpa kawan-kawan pun ok je. Saya tak perlu jelaskan dengan siapa saya akan keluar and dengan siapa saya keluar tadi.

3 - Tak susah-susah pikir nak pakai baju kaler ape untuk raya tahun ni, biar nampak matching la konon.

4 - Duit saya cukup banyak untuk diri sendiri. Becoz saya tak perlu habiskan duit tuk topap.

5 - Saya tak perlu spend duit saya tuk belanja si dia bila kitorang keluar date.

6 - Saya akan sentiasa sehat kerana kurang debaran jiwa. Kiranya, blood pressure saya ok la. 

7 - Dosa juga KURANG ! 

8 - Tak perlu nak kontrol2 ayu/macho. Anda boleh jadi diri sendiri sepenuh masa.

9 - Korang boleh menikmati kehidupan korang sepenuhnya because korang tak perlu bahagikan masa tuk si dia and for yourself.

10 - Korang nak on/off tepom sesuka hati juga boleh. Tak perlu pikir....."erm, kang die cari aku pulak nanti. cian die."

**

I AM NOT SINGLE

Ape yang conok cangat bile ade orang sayang kita ?

1 - Bangun pagi2 dah tersenyum, because semalam dapat jumpe si dia dalam mimpi. Bukak je mate dah ade mesej dari si dia "Morning sayang"

2 - Setiap malam sebelum tidur, si dia akan wish "Nite sayang, sleep tight. Mimpi kan saya taw ?" Hati berbunga bungi tersengih sampai ke pagi. Efeknya, korang semua ada rahsia awet muda :)

3 - Bila anda susah hati, at least ade seseorang yang sudi mendengar. Ade tempat tuk korang mengadu. 

4 - Setiap hari anda akan cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk si dia. Otomatiknya, korang akan ubah perangai buruk korang dan akan berusaha jadi orang yang baik.

5 - Korang akan sentiasa tersenyum bile teringat kan kata-kata manis yang menggetarkan jiwa anda. So, secara otomatiknya, muka korang lambat berkedut.

6 - Bile hati dah di curi, korang akan belajar bagaiman untuk berkongsi dalam segala hal.

7 - Setiap hari korang bersemangat tuk mengejar cita-cita. YA ! Kerana korang dah nampak hala tuju hidup korang atas muka bumi ni untuk apa.

8 - Korang belajar macam mana tuk protect someone. Korang tak kan kisah tentang diri korang sendiri. Korang jugak belajar tuk membahagiakan orang lain.

9 - "Give and take" method mula digunakan.

10 - Ntah. Saya sendiri pun tidak mengerti apa itu CINTA. Apa yang korang rasa ? Ada apa dengan dia sampai korang bisa jatuh cinta sama dia ??

:) :) :)


28 August 2011

Bismillah

Assalamualaikum....
Lame giler tak hapdate blog. Tak sempat. Siang kerja, malam kerja. Kerja GILA. 
Otak juga menggila memikirkan masa depan, impian, cita-cita. Apa yang aku kejar ? Janji2 aku dengan orang dah tertunai kah ? Aku sendiri pun lupa. Aku pernah janji nak buat tu nak buat ni, tapi masih tertunggak. Maaf. 

Sebenarnya, aku tengah planning something. Ntah la akan jadi nyata atau tidak :)

My family (especially my lovely mama) support project aku ni. Segelintir kawan aku tahu tentang ni. Dan aku janji akan siapkan bulan lepas. But masih tergendala. Maafkan saya ya ? 

Saya janji kerja ni akan siap. I need u guys. :) Please support me :)

This is what I am talking about...

TADAA !!




klik untuk tumbesaran



insyaALLAH
tidak lupa kepada Encik Sarman yang banyak beri tunjuk ajar dan komen.

p/s : character wujud selepas aku bangun dari tidur yang agak lama. bangun je tido, tanpa cuci muka, gosok gigi. tros amek pensel and lakar. hahaha. and there is sumone yang teruja gila nak tengok hasil kerja saya. saya hargai sangat. :) saya janji project ni akan disiapkan secepat yang mungkin. i'll try my best. i promise. 

:) :) :)

27 August 2011

Goodbye

Goodbye....
Goodbye....
GOODBYE....
GOODBYE.....
Goodbye my LOVE.
I can't hide what has come.
Goodbye brown eyes.
Goodbye for now.
Goodbye sunshine.
Take care of yourself.
I have to go and leave you alone.
But always know, always know that I LOVE YOU SO.
I LOVE YOU SO....
I LOVE YOU SO....
I LOVE YOU SO..... 

15 August 2011

Black STAR

"Black STAR, black STAR...
FOREVER you will be a shining STAR
just be WHATEVER you can be..."

Kita, 
MANUSIA selalu mencari sesuatu 
yang mustahil tuk kita gapai
TETAPI,
  semakin susah untuk kita gapai
 semakin kita BERUSAHA
untuk MEREALISASIKANNYA.

03 August 2011

Take Me Away


Hari ni, boss takde kat opis, so ape lagi kitorang semua kalut duk pot pet pot pet bercerita..tp bukan mengumpat okeh ! Nak tahu ape yang kitorang kongsi ? Our LOVE STORY...Macam-macam cerita, yang ni cam citer Kuch Kuch Hota Hai, yang sorang lagi citer cam Dil To Pagal Hai, yang sorang lagi citer cinta cam dalam Telenovela - Marimar. Hahaha. Semuanya ada pengalaman yang berbeza. Happy + Sedih + Benci semuanya bercampur menjadi satu.

Oh cinta itu memang buta tapi yang sebenarnya cinta itu anugerah Tuhan, tapi ianya dikejami oleh manusia sendiri kan ?

Cinta tak semestinya memiliki, tak kira betapa besar pon harapan korang tuk bersama si dia, jika sudah tertulis korang n dia takkan bersama, takde sape pon boleh ubah takdir tu...

Kadang-kadang kita terpaksa telan n terima melihat die berbahagia dengan insan lain. Dengan pilihan hati dia. Memang la sakit, tapi ape boleh kita buat kan ? Dah memang itu takdir kita, takdir si dia.

Cinta pon pandai main hide and seek. Kadang-kadang kita terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti, walhal cinta tu dah memang ade sekeliling kita...

Kita sendiri yang biarkan kita merana (kot) kalu still berharap pada someone yang dah memang terang-terang takkan jadi milik kita....

Dan mungkin juga, ada di antara kita yang sedar dia menyintai seseorang itu only after that person gone.

Haiii.. cinta cinta cinta... Kadang-kadang aku terpikir, kenapa manusia dianugerahkan "perasaan" ?

Korang amat bertuah if uols tak pernah dicurangi, ditinggalkan.

Dan YES, aku cemburu dengan "anugerah" seperti itu.

Orang sekeliling boleh je cakap "alaa ape susah cari je la yang lain, kumbang/bunga bukan seekor/sekuntum"
or maybe certain people would says "ala rileks la, maybe sekarang ni u blom jumpe lagi lelaki'perempuan yang terbaik tuk u"
or, "u deserved dapat yang lebih baik la"

YES, memang senang je nak cakap. But the PAIN yang terpahat kat dalam ni pecite ? Mane nak taruk ? Kalo bole buang n be vanished by using Vanish, mesti ramai dah buat cam tu kan ??

Guys, ekceli, its not that EASY la.

Cinta itu bisa membunuh orang, bisa buat kita down giler2 kalu tak pandai kontrol, kalo kite terlalu ikut perasaan. Cinta bisa buat manusia menjadi sekejam-kejam manusia juga.

So, ape sebenarnya cinta ? Hati manusia boleh berubah bila-bila masa saja. Mungkin hari ni dia kata sayang tapi tak mustahil dia boleh kata camni "maaf, saya dah takde hati kat awak, saya truskan hubungan ni pun sebab saya kasihan kan awak"

Gulp ! Sadis sungguh !

Cinta yang suci pernah wujud. Aku suka kisah cinta Nabi Yusoff dan Zulaikha. Zulaikha ekceli mak angkat Nabi kita. Zulaikha adalah seorang wanita yang amat jelita+vogue gitu. Jatuh cinta pada ketampanan Nabi Yisof sampai sanggup membuat fitnah kononya Nabi Yusof goda dia sewaktu suaminya tiada di rumah. Sampai dia sanggup koyak-koyakkan baju dia sendiri.

Namun cinta Zulaikha amat besar terhadap Nabi Yusof, beliau selalu berdoa supaya dia berpeluang untuk mencintai Nabi Yusof. Memohon kepada Yang Maha Besar lagi Maha Esa untuk bersama Nabi Yusof.
Pada suatu hari, Zulaikha (dah tua amat time ni) terserempak dengan Nabi Yusof. Nabi Yusof dah dewasa dan memiliki wajah yang teramat tampan.

Zulaikha memohon supaya dia diberikan peluang untuk bersama Nabi Yusof. Lalu dengan izin dan rahmat dariNYA, Zulaikha bertukar menjadi seorang wanita muda yang cantik jelita. Nabi Yusof akhirnya memperisterikan beliau.

Hurm lame kot die tunggu tuk cinta tu kan ? Ok, itu kisah Nabi, ni citer sal mak sedara aku lak. Sorang laki dekat dengan umah nenek aku. Mase muda-muda dulu die selalu usha aunty aku. Macam-macam cara die buat tuk amek aty nenek n atok aku. Kalo ade kenduri ke pape ke memang die selalu datang umah tolong ape yang patot. Tapi die ni pemalu ya amat. Die tak pernah luahkan perasaan suka die kat mak sedare aku. Then, akhirnya mak sedare aku kawen ngan orang lain. Yang aku sebok duk taip citer pasal die ni coz sampai sekarang die tak kawen sebab still cintakan mak sedare aku. (T.T) Haaa kan dah melepas. Mak sedare aku dah ade 4 orang nak da sekarang ni, tapi die still tunggu ??? Hurm, ntah la. So the moral of the story is, kalo korang suka kan seseorang, adalah lebih baik luahkan dari pendam. But HOW ? Aku pon tak tahu. Usahalah sendiri. Kalo tak usaha macam mana nak dapat ??

Suka ? Cinta ? Kagum ? Selesa ? Hurm same kah semua tu ? Mestilah tak kan ? Tapi mungkin juga kita rase semua nya sekali dalam satu masa yang sama. :)

i HEART her dress. Simple :)


they are so in LOVE. semoga bahagia ke anak cucu :) insyaALLAH

:)


In conclusion, CINTA ITU RUMIT TAPI PENUH DENGAN WARNA-WARNI :)

30 July 2011

Ramadhan Datang Lagi !

Assalamualaikum wbt......

Yeehaa puasa datang  lagi ! Nak tanya nak tanya, hutang puasa korang amacam ? Dah ganti ke belum ?? Ahaha, kitak sendili pon ganti lewa hutang puasa kitak. Ngee~~

Ermm.. korang ingat tak bile korang memula belajar berpuasa ?? Ingat tak pengalaman memula puasa cam ne ??

Honestly, aku sendiri pon lupe bile aku mula berpuasa. Tapi aku ingat lah betapa susahnya aku nak belajar berpuasa. 1st day aku belajar berpuasa tak sampai separuh hari pon. Pukul 10 pagi aku dah merungut kat mama, "Mama, mama, lapar lah, dahago lah.."

Tapi bile time berbukak, aku lah yang paling gelojoh. Oleh kerana itu jugalah badan aku comei-comei kiut kiut kiut gitu. Dulu aku belajar di sekolah rendah cina- SRJKC PEIR CHIH. Budaya, suasana memang tak sama lah dengan cara orang Melayu. Bulan puasa dorang semua makan macam biasa. Dengan suasana yang macam tu aku terbiasa tak berpuasa di bulan puasa. (Ini semua berlaku time aku sekolah rendah, darjah 3).

Time tengah syok makan mihun sup kat kantin, tetibe kawan aku (melayu) sergah aku dari belakang. "Oi, Rudy awak tak puasa ea. Tak baik taw, kite orang Islam kan. Mesti berpuasa di bulan puasa"
Haha malu muka aku taw. Balik umah aku bagitaw mama "Esok along nak puasa."

Maka dengan penuh azam di dada aku berpuasa hari tu. Mak aih, siksanye jiwa dan raga aku. Member sebelah aku, Mei Ling (bukan nama sebenar) bawak bekal dari umah hari ini. Nasi Ayam + Sunquick. Meleleh aku tengok die makan. Mata aku yang sepet ni bertambah sepet sebab tak tahan tengok dorang makan. Menguji keimanan sungguh ! DUGAAN, CUBAAN !!

KRIIIIINGGG!! Yea ! Dah boleh balik, kena tunggu bas kuning plok. Time tunggu pak cik bas skolah aku datang, dugaan menerjah sekali lagi. Budak-budak cina ni semua mai makan depan aku. Mak aih TENSION sungguh !!!! Sabar sabar sabar. (sebenarnya, mama tak bagi duit poket tuk aku hari tu dats y aku bole bertahan lagi puasa aku tuh)
Dan akhirnya, aku berjaya tahan makan untuk hari itu sampai pukul 2 petang.

Sampai je umah, aku mandi then trus layan cite Sailormoon. Tengah syok layan Sailormoon tu, aku nampak mama masuk toilet. Yea !! Mama mandi lah. Maka dengan peluang yang ada ni aku gunakan, aku tak dapat tahan doh, HAUS YANG AMAT. Dengan berhati-hati aku buka fridge. Ahhh lega. Aku dah berbukak puasa dah pada waktu Asar. Bile aku pusing belakang, GULP ! Mama dah ada kat belakang larrr !!!!! So, korang boleh jangkakan what happen next, rite ?? Ape lagi, kena pot pet pot pet plus cubit-cubitan. Ngeh ngeh ngeh. Padan muka aku. Dan untuk hari itu, aku didenda tak dapat makan bersama-sama time berbukak.

Selepas itu, aku dah belajar berpuasa dengan bersungguh-sungguh.  :) :) :)

Tapi bersebab taw ? Sebab mama aku janji akan tambah duit raya kalu aku berpuasa :P

Itu cite lama. Ramadhan adalah bulan paling mulia. Ramadhan lah peluang untuk kita perbaikikan diri dan dekatkan diri kepada Pencipta yang SATU. Dugaan setakat tahan diri dari makan apalah sangat jika dibandingkan dengan kisah para nabi kita kan ? Bagaimana Nabi Muhammad dan para pejuang Islam dapat kekuatan dalam peperangan Badar, sedangkan mereka semua berpuasa ketika itu ?

Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah   Bulan puasa bukan bulan untuk kita bermalas-malasan. Ada hikmah dan nikmat di sebalik puasa taw ?

So, bagi kawan-kawan yang baru nak mula berpuasa, yang selalu ponteng puasa....berazam lah, semoga tahun ni korang dah tak ponteng puasa lagi :) ingat, kiamat sudah dekat :) :) :)

26 July 2011

Jangan Menyerah

Assalamualikum wbt.....

Aku yakin semua pernah rasa kehilangan. Kita semua pernah kehilangan orang yang kita sayang amat, barang yang kita paling hargai, kehilangan kucing comel, hamster bla bla bla bla.....

Semua yang pergi, tetap akan pergi kan ? Kita takde kuasa nak lawan takdir. Kita semua bukan SUPERHUMAN nak putar masa tuk kembali seperti yang kita inginkan.

Kita sendiri, kadang-kadang baru terasa apa itu kehilangan setelah dia pergi. Kan ? Aku juga pernah rasa macam tu. Bagi aku sendiri, "SETIAP PERTEMUAN PASTI AKAN BERLAKU PERPISAHAN"

Aku pegang pada kata-kata tu.

Tapi, kita yang masih berpeluang bernafas di atas muka bumi ini..harus berputus asakah ? Biarkan saat-saat yang ada pergi tanpa melakukan apa-apa ? Kadang-kadang, kita juga perlu luangkan masa tuk mencipta bahagia. Senyum dengan ikhlas.

Senyumlah dari hati. Senyuman yang terlahir dari hati bisa menenangkan diri sendiri. Menangislah jika diri kamu berasa sedih, tapi ingat, JANGAN LUPA UNTUK BANGUN !

Sayangilah diri sendiri. ALLAH pinjamkan jasad ni bukan tuk kita sakit-sakitkan. Hargailah pemberian TUHAN. Kita mengharapkan kasih dan sayang dari orang lain, tapi adakah kita sendiri sudah cukup mengasihi diri sendri ? Kenapa perlu menzalimi diri sendiri ??

"LIVE LIFE ! "

Hidup ni cuma satu kali. Kenapa kita perlu bersedih ??

"WAH ! PELANGI ITU SANGAT INDAH ! "

Nikmatilah keindahan yang ALLAH ciptakan. Melihat dunia. Berkongsilah bersama-sama kita sendiri.

"RUGI!!!"

Sekiranya kamu tidak hargai saat yang kamu ada ini melihat dunia. Rugi sekiranya anda biarkan diri anda selalu dalam kemurungan. Rugi sekiranya pintu hati anda ditutup rapat tanpa mengenali apa itu hidup. Dan rugi sekiranya anda tidak menerima dan memberi. :) :)

(sila klik link di atas)

17 July 2011

Nasihat Bonda

Bah bah bah. Selalu kena pot pet pot pet ngan mama pasai ni. Tapi bile mama tak de n jauh dengan aku, tibe2 aku teringat semua nasihat2 die. (rinduuuuuuu manyak sama mama oooo)....sob sob :'(

Nak taw mama aku asyik cakap pasai ape ??

1 - BOIFREN
2- SUAMI

HAAAAAA??!!!! aiyoyoyo. Fenim fenim.


Entry kali ni, aku nak share ape yang mama aku duk kalut sangat tuh. hehehe

1 - Kalo Along nak cari boifren, cari boifren yang nakal. Cari boifren yang sememangnya "jahat". Jangan cari yang baik sangat. Coz yang nampak baik tu tak semstinya baik kan ? Jahat ni maksudnya, jangan lah cari yang terlalu sempurna, janganlah cari boifren yang terlalu baik, yang sedang-sedang aja. Yang ada kebaikan dan keburukan :)

2 - FIRST DATE. Yang ni best. Mama cakap,  first date - sape yang belanja sape?? Kalo si perempuan yang kena spend duet lebih tuk laki, mama cakap, blah cepat2!! HAHA. JANGAN LAYAN TERUS LELAKI MACAM TU. (tapi jangan slalu harapkan duet bf kamu aje. kadang2 tak slah kita berbelanja untuk dia )

3 -  KUKU DAN GIGI. Lelaki yang bersih, kuku dorang jugak bersih. Ini fakta :) Lagi satu, giginya - Gigi yang sempurna membuat senyuman seseorang itu cukup menawan kan ? HAHA

4 - Bila dah kahwin nanti, kalu gado ngan suami jangan sesekali tidur berasingan. Dan jangan bawak diri ke umah mama plak taw ? Kamu selesaikanlah sendiri masalah kamu berdua nanti.

5 - "Along carilah lelaki yang boleh terima kita seadanya. Lelaki yang tidak memaksa kita tuk menjadi sesempurna yang dia mahu. " Maksud mama, kalo korang terpaksa berkorban untuk sesuatu yang tidak logik tuk sorang lelaki, itu TIDAK PERLU. Lagi-lagi yang tak diterima dek akal.

6 - Bila dah jadi seorang isteri, kamu kena ikut kata suami taw. Tapi zaman sekarang ni, jangan sampai kamu jadi lurus bendul plak. Kita juga berhak bersuara.

7 - Lagi satu, mama slalu bebel kat aku bile kiotrang wat kerja kat dapur. Ngeh3. PERUT SUAMI YANG BUNCIT ITU ADA RAHSIA TERSIRAT. :) Korang paham kan ape maksod mama aku ?

8 - Bila kamu dah bergelar seorang ibu. Ini pesanan paling power. "BILA KORANG BUSY DENGAN KERJA AND TAK SEMPAT NAK URUSKAN ANAK...INGAT !!!! JANGAN SESEKALI MAI LETOK ANOK KAT UMAH MAMA DEYHHH. MAMA BUKAN BABYSITTER KAMU !! INGAT TU !!! (haha, blom pape lagi mama aku dah pesan. haiiihhh....)

So, mama korang pesan ape ? Seoarang ibu semestinya mahu melihat anaknya hidup bahagia bersama pasangan mereka. Kalo sesebuah hubungan itu tidak direstui oleh orang tua kita, percayalah. Semua itu pasti bersebab. Mereka telah melalui satu fasa kehidupan dan lebih memahami, lebih mengerti. Pilihlah pasangan yang bisa menyenangkan hati semua pihak, dan tidak melukai hati sesiapa untuk memiliki dia ya ? :) :) :)

13 July 2011

.gone.



~~~untuk mencapai sesuatu perkara, untuk merealisasikan sesuatu perkara, kita harus lakukan sesuatu kan ? bukan hanya berdiam diri, menunggu, dan berdoa. ya, doa itu perlu, tapi kita harus bertindak bukan ? tapi, sesuatu perkara itu, tidak mungkin akan berjaya jika ia hanya bergantung pada kepercayaan. kepercayaan mungkin akan pudar jua untuk satu tempoh yang agak lama. mungkin juga, kepercayaan itu menjadi satu pembohongan yang nyata.....~~~


05 July 2011

Hurricane Venus

hurricane venus

skin care
naked burgundy
street fashion icon
ice cream

i am the best


ACT LIKE A LADY, BUT THINK LIKE A MAN

30 June 2011

.lost.


''i cannot go to the ocean
i cannot drive the streets at night
i cannot wake up in the morning without you on my mind
 now you're gone and i'm haunted
and i bet you are just fine
did i make it that easy to walk right in and out
of my life...? "



.comfort.


"you're the direction i follow to get home..
when i feel like i can't go on,
you tell me to go..
and it's like i can't feel a thing,
without you around..
don't mind me if i get weak in the knees
cause you have that effect on me,
you do.."

20 May 2011

History of The Moon - Chang-Er

*The Moon by Rudiey Sepet*
Material : Black A4 paper, Oil Pastels Buncho

Ya, saya suke tengok Bulan. Lagi-lagi on full-moon. Ngeri dan menakutkan. Tapi cantik dan indah. Nampak terang nun di atas sana. Sesetengah orang, bile hati berbunga-bungi kononnya dapat connecting dengan si pencuri hati bila sama-sama melihat bulan. HAHA. *terasa*

Al-kisahnya, dulu time aku skolah rendah. Ya, kawan-kawanku majoriti Cina dan kawan Melayu aku tak sampai 10 orang pun. Heh ! So, sedikit sebanyak pangai dorang, idea dorang, kepercayaan karut dorang aku tahu. Aku masih ingat kawan aku Mei Ling bagitaw, nenek die cakap, kita tak boleh merenung bulan lama-lama, nanti telinga akan terbelah. HAH?? Kawan-kawan sekelas aku yang lain juga cakap camtu. Tu la kepercayaan dorang. Dulu, punya la takot, aku nak sangat-sangat tengok bulan. Aku tutup muka aku then intai bulan kat celah-celah jari pendek ni. hehe. And, time korang kecik-kecik bulat-bulat montok-montok gitu, korang pernah tak habaq gini "Oloh, kenapa bulan ni asyik ikut kita mama??" HAHA. :)

Entry kali ni, Rudy nak kongsi pasal kepercayaan orang Cina.
Kononya, Chang-Er seorang wanta yang sangat-sangat cantik berada di Bulan dan masih berkabung untuk suaminya yang tercinta.

Al-kisahnya, Di Jun, the God of the Eastern Sea and Xi He, the Sun Mother had ten sons, each of them glowed as radiant suns. Everyday, si Ibu Matahari ni akan bawak anak-anak dia ke tasik dan mandikan anak-anak matahari ni then keringkan dorang kat sejenis pohon "mulberry" yang bernama Fu Sang. Then si Ibu ni biarkan anak-anaknya bermain di langit dengan menaiki sebuah kereta yang ditarik oleh 6 ekor naga. 
Anak-anak matahari ni bermain di kawasan Barat langit, antara gunung Yen Tzu. Oleh sebab ada sepuluh bijik matahari kat atas langit nu. Maka bumi menjadi sangat-sangat panas. Ye la, anak-anak matahari ni bermain tiap-tiap hari atas langit nu. Efeknya, air di bumi mulai kering, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia mulai mati sebab terima terlampau banyak cahaya dari matahari. 
Kejadian ni berlaku semasa China ditakluki oleh Maharaja Yao. So, Maharaja Yao memohon pada Ayah dan Ibu Matahri dari syurga ni tolong setel kan masalah ni.

Lalu, si Ayoh ni menasihati anak-anaknya, 
"Anak-anak, doh la tu. Jangan main kat langit lagi. Cian bumi, sebab korang dorang jadi gini. Dah,dah meh balik meh" 
then si anak matahari yang sulung jawab
"alaa, ayah ni tak sporting la. Syok la maen-maen kat langit. Kan adik-adik kembarku?"

pendekkan cite, dorang tak dengar la nasihat ayoh tu. Dorang still maen "berambak" (kejar-mengejar) kat langit. Then, si ayah panggil la cikgu disiplin. eh ! Panggil seorang pemanah terhebat kat syurga dorang yang bernama Hou Yi untuk menggertak anaknya dengan panah supaya tidak bermain-main di langit lagi. Tapi si Hou  Yi ni ganas la pulok. Si Ayoh mintak die gertak je tapi die panah anak matahari tu betol-betol. Haiyak ! Jadi kes BUNUH plop. Tapi Hou Yi juz bunuh 9 anak matahari. Sebabnya, Maharaja cakap, bio la tinggal satu kat langit tu. Cahaya yang diterima dari satu anak matahari ni hangat dan sesuai dengan keperluan anak-anak bumi. Then bila si ayoh tahu anak-anaknya di bunuh. Dio maroh la wei. Maka Hou Yi didakwa dan dibicarakan di mahkamah syurga dorang pasai ni. Si ayoh maroh gilababeng then mengusir si pembunuh ni ke bumi. Die dijadikan manusie biase dan dapat hidup selamanya di bumi. Dan tidak dibenarkan sama sekali kembali ke syurga. 

Then masa kat bumi, die terjatuh hati pada seorang wanita yang bernama Chang-Er. Lalu mereka berkahwin.
Hou Yi sangat2 mencintai bini die yang comei lotei nih. Die pergi bertapa di sebuah gunung untuk menambah ilmu. Kung kang kung kang kumat-kumit, nenek kebayan versi Cina ni suke dengan keperibadian yang ada pada Hou Yi, lalu doe hadiahkan sejenis ubat yang dibuat dari akar kayu mende ntah. Hou Yi nak bagi ubat tu tuk bini die. Ye la nak hidup bersame selamanya bersama bini die. Tapi dengan syarat ubat tu diminum time bulan mengambang. 

Hou Yi pulang dengan gembira n tak sabo giler nak bagitahu bini dia sal ni. Sampai je rumah, perkara ni di bagitaw kat bini die. Unfortunately, servant-man diorang dengar pasai ni. And plan nak rampas ubat tu nanti. 
Satu malam, servant-man masuk ke bilik Hou Yi nak curi ubat tu. Die bunuh Hou Yi ketika die tidor. Terkejut giler-babeng Chang-Er. "Abang! Abang !! Jangan tinggalkan saya !! " 
Servant-man tu berjaya amek ubat tu. Tapi tak minum trus. Chang-Er bergelut dengan servant-man yang jahat tu. Dush sana dush sini, ubat tu berjaya dirampas balik. Lalu Chang-Er tros minum ubat tu sampai lupe ubat tu kena minum time bulan mengambang. 

Tiba-tiba, servant-man tu tengok badan Chang-Er mula terapung. Semakin lama semakin tinggi. Sehingga terapung di atas bulan. Tapi Chang-Er bersyukur, Kerana di bulan dia masih dekat bersama suaminya yang tercinta. And di sana dia boleh melihat suaminya. Kepercayaan orang Cina, mereka cakap Chang-Er masih berkabung di bulan di atas kematian suaminya. That's why diorang selalu nyalakan lanterns / tanglung sebagai memperingati cinta Chang-Er. Begitulah al-kisahnya.

:)

*illustration from Google Images*

p/s : Dialog aku reka je. Bukan dari kisah sebenar :P

:)



18 May 2011

Jar of Hearts II


".....oh blue sands, can you tell me if i ever be happy?
.....oh blue sands, can i stay here forever?
.....oh blue sands, can you make them all go away?
.....oh blue sands, what are you doing in my hair?

.....oh and everything will get better if i stay for a while
.....and we'll find another way to be happy one day
.....and everything will get better if you hold on for a while
.....and the sea come and sweeps us away from here

.....oh blue sands, will i ever get to marry my handsome friend?
.....oh blue sands, can you make them understand?"

*yunalis zarai - blue sands*


*sesaje sekoya sengaja seletok segambar sendirik*

*aku dan budok kecik*

Location : Pantai Irama, Bachok







16 May 2011

Jar of Hearts

CACTUS AND ME


CONFUSED

CRY


TOUCH

JAR OF HEARTS AND A GIRL

JAR OF HEARTS

"I wish i have missed the first that we kissed" - Christina Perri

ME
Cinta Tiga Segi (2003)
Idea Asal : Rudiey.Sepet
Teknik lukisan : Jakalll

a Mother's Day day

dah abes paper kan. ni la keje aku :P 
tibe-tibe rase cam nak ade baby sendiri. :P *blushing* 
sorry la. gedix siket malam ni. 
material : Charcoal Pencil


still in progress :P
i plan nak letak lam frame. 
n hadiahkan tuk bonda.
sempena namenya "Ros****"

:)

07 May 2011

24:7 VS GULA-GULA

SUMPAH ! Aku GELI !!!! GELI GILER !!! GELI GELI GELI !!

Dulu, aku memang rase pelik kenapa ramai sangat minat K-POP?? Aku jugak heran kenapa dorang boleyh layan drama bersiri Korea sampai tak tidur berhari-hari, makan mandi tidur depan lappy. Tapi sekali aku cube dengar lagu dorang, sekali aku cube tgk drama dorang. Baru aku sedar, YA, IDEA DORANG MANYAK BAGUS! Bile aku tengok video klip dorang, aku terfikir "hurm, ok jugak. takde lah nak tunjuk benjol-benjolan cam Britney Spears" (first video clip aku tengok video SuJu = SuperJunior lagu Sorry Sorry. Ok aku kagum ngan tarian dorang. First drama bersiri korea yang aku layan, MyGirl mengambil masa 2 minggu tuk habes kan. Compare ngan kawan-kawan aku kat hostel nu, satu hari satu malam dorang tengok and menangis bersunai-sungai.

Sekarang, pengakuan ikhlas and jujur, aku layan Band Baru dari Korea - MBLAQ. Aku dah download semua lagu group ni. HAHA. Pooorah. Last-last aku yang layan. Ngeh3. Aku salute video ni. Kreatif ! Rase cam nak lukis time dorang menyelam. SUPER AWESOME !


Next, aku nak luahkan perasaan menyampah aku kat group K-POP yang baru. Memalukan ! K-pop dari Malaysia ??!!! Bah ! Gross-gusting !

Tengok la tengok la







errr...selak sana selak sini. Oh baby ! I'm hot.

Bila orang cakap sexy or simbol seks mula la nak menggelabah. "Eh, cam ni sexy ke ? Mane ade la. (Pastu wat senyum kambing) " 
Yela, kaki kamu gebu, putih, licin....selepas HIGHLY-EDITED. HAHA

Haa, yang ni plak...
Isu GAY akan menjadi satu kebiasaan
"Kami GAY, Kami OK"

 oh, please wear it properly. 

Bila manusia tibe-tibe perasan kiut. Cam ni la jadinye.
Makcik, mengucap makcik. Mengucap.... (Sighs)

Melayang selera makan aku 2 minggu 4 hari 7 jam 30 minit 54 saat

So, korang nak dorang tros kan perjuangan dorang ke ?
Oh, saya tak halang dorang mencari rezeki, tapi pleaseeee
Stop this, ok ?
Cari lah identity sendiri. Tak perlu nak tiru-tiru orang lorh. 
Tunjuk kan kebolehan tersendiri.
AND, please la. Jangan pakai baju2 cam ni. Siyes cakap,
SAKIT MATA ! 
DON'T DOUBT ON YOUR OWN VALUE (as Aslan in Narnia said)

:) 
peace !!