30 July 2011

Ramadhan Datang Lagi !

Assalamualaikum wbt......

Yeehaa puasa datang  lagi ! Nak tanya nak tanya, hutang puasa korang amacam ? Dah ganti ke belum ?? Ahaha, kitak sendili pon ganti lewa hutang puasa kitak. Ngee~~

Ermm.. korang ingat tak bile korang memula belajar berpuasa ?? Ingat tak pengalaman memula puasa cam ne ??

Honestly, aku sendiri pon lupe bile aku mula berpuasa. Tapi aku ingat lah betapa susahnya aku nak belajar berpuasa. 1st day aku belajar berpuasa tak sampai separuh hari pon. Pukul 10 pagi aku dah merungut kat mama, "Mama, mama, lapar lah, dahago lah.."

Tapi bile time berbukak, aku lah yang paling gelojoh. Oleh kerana itu jugalah badan aku comei-comei kiut kiut kiut gitu. Dulu aku belajar di sekolah rendah cina- SRJKC PEIR CHIH. Budaya, suasana memang tak sama lah dengan cara orang Melayu. Bulan puasa dorang semua makan macam biasa. Dengan suasana yang macam tu aku terbiasa tak berpuasa di bulan puasa. (Ini semua berlaku time aku sekolah rendah, darjah 3).

Time tengah syok makan mihun sup kat kantin, tetibe kawan aku (melayu) sergah aku dari belakang. "Oi, Rudy awak tak puasa ea. Tak baik taw, kite orang Islam kan. Mesti berpuasa di bulan puasa"
Haha malu muka aku taw. Balik umah aku bagitaw mama "Esok along nak puasa."

Maka dengan penuh azam di dada aku berpuasa hari tu. Mak aih, siksanye jiwa dan raga aku. Member sebelah aku, Mei Ling (bukan nama sebenar) bawak bekal dari umah hari ini. Nasi Ayam + Sunquick. Meleleh aku tengok die makan. Mata aku yang sepet ni bertambah sepet sebab tak tahan tengok dorang makan. Menguji keimanan sungguh ! DUGAAN, CUBAAN !!

KRIIIIINGGG!! Yea ! Dah boleh balik, kena tunggu bas kuning plok. Time tunggu pak cik bas skolah aku datang, dugaan menerjah sekali lagi. Budak-budak cina ni semua mai makan depan aku. Mak aih TENSION sungguh !!!! Sabar sabar sabar. (sebenarnya, mama tak bagi duit poket tuk aku hari tu dats y aku bole bertahan lagi puasa aku tuh)
Dan akhirnya, aku berjaya tahan makan untuk hari itu sampai pukul 2 petang.

Sampai je umah, aku mandi then trus layan cite Sailormoon. Tengah syok layan Sailormoon tu, aku nampak mama masuk toilet. Yea !! Mama mandi lah. Maka dengan peluang yang ada ni aku gunakan, aku tak dapat tahan doh, HAUS YANG AMAT. Dengan berhati-hati aku buka fridge. Ahhh lega. Aku dah berbukak puasa dah pada waktu Asar. Bile aku pusing belakang, GULP ! Mama dah ada kat belakang larrr !!!!! So, korang boleh jangkakan what happen next, rite ?? Ape lagi, kena pot pet pot pet plus cubit-cubitan. Ngeh ngeh ngeh. Padan muka aku. Dan untuk hari itu, aku didenda tak dapat makan bersama-sama time berbukak.

Selepas itu, aku dah belajar berpuasa dengan bersungguh-sungguh.  :) :) :)

Tapi bersebab taw ? Sebab mama aku janji akan tambah duit raya kalu aku berpuasa :P

Itu cite lama. Ramadhan adalah bulan paling mulia. Ramadhan lah peluang untuk kita perbaikikan diri dan dekatkan diri kepada Pencipta yang SATU. Dugaan setakat tahan diri dari makan apalah sangat jika dibandingkan dengan kisah para nabi kita kan ? Bagaimana Nabi Muhammad dan para pejuang Islam dapat kekuatan dalam peperangan Badar, sedangkan mereka semua berpuasa ketika itu ?

Sesungguhnya, bulan Ramadhan adalah   Bulan puasa bukan bulan untuk kita bermalas-malasan. Ada hikmah dan nikmat di sebalik puasa taw ?

So, bagi kawan-kawan yang baru nak mula berpuasa, yang selalu ponteng puasa....berazam lah, semoga tahun ni korang dah tak ponteng puasa lagi :) ingat, kiamat sudah dekat :) :) :)

No comments: